Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456077
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaziyah Hussin, Profesor Madya Dr.
dc.contributor.authorAhmad Tarmizi Ismail (P12599)
dc.date.accessioned2023-09-11T07:35:27Z-
dc.date.available2023-09-11T07:35:27Z-
dc.date.issued2015-06-25
dc.identifier.otherukmvital:80392
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456077-
dc.descriptionKain limar adalah salah satu kain tenun ikat tertua di Alam Melayu yang dihasilkan lebih daripada 150 tahun dahulu. Kain limar tenggarung pula merupakan kategori kain limar yang dihasilkan di Terengganu menggunakan teknik ikat pakan dan warna asli. Kaedah untuk menghasilkan kain limar tenggarung ini adalah rumit dan mengambil masa yang panjang untuk penyediaan bahan dan menenun menyebabkan kain ini hampir pupus. Salah satu sebab kain ini tidak dihasilkan lagi kerana generasi sekarang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran tentang teknik penghasilan kain ini tidak diturunkan kepada generasi muda secara lengkap dan dalam masa yang sama tidak didokumentasikan sebagai bahan rujukan. Pada umumnya kajian ini bertujuan untuk menghasilkan semula kain limar tenggarung. Objektif khusus kajian ini adalah mengenal pasti bahan serat dan teknik yang telah digunakan untuk menghasilkan kain limar; membuktikan bahawa bahan resis lilin boleh menggantikan bahan resis tali kulit batang pisang dengan lebih berkesan menghalang resapan warna; untuk mengenal pasti alat spektrofotometer dapat menganalisis warna primer remazol serta dapat merekod kepekatan warna secara saintifik; dan akhir sekali untuk membuktikan bahawa kain limar tenggarung boleh dihasilkan semula dengan menggunakan serat sutera, bahan resis lilin paraffin dan warna kimia remazol. Analisis serat pada kain limar menggunakan kaedah kualitatif secara eksperimen dengan teknik ujian pembakaran serat. Data diperoleh daripada pemerhatian keadaan fizikal bahan serat dan bau setelah dibakar. Analisis artifak secara kualitatif dilakukan di muzium secara penelitian pada kain limar berdasarkan jenis motif, corak, warna, struktur tenunan dan teknik tenunan. Dalam kajian ini juga, warna kimia jenis remazol digunakan untuk menggantikan warna asli kerana ianya lebih praktikal daripada segi penyediaannya dan terdapat pelbagai warna. Kaedah kuantitatif digunakan dalam menganalisis warna remazol secara eksperimen di dalam makmal dengan alat spektrofotometer Hitachi U-1800 yang berasaskan kepada jarak gelombang setiap warna primer. Penghasilan semula kain limar tenggarung pula menggunakan kaedah kualitatif secara eksperimen di bengkel tenunan. Dapatan kajian, menunjukkan bahawa bahan serat sutera sesuai digunakan untuk penghasilan kain limar tenggarung dan bahan lilin paraffin dapat digunakan sebagai bahan resis bagi menghasilkan motif. Berdasarkan dapatan kajian dirumuskan bahawa kain limar tenggarung dapat dihasilkan semula menggunakan serat sutera, teknik resis bahan lilin paraffin dan warna kimia jenis remazol. Hasil dapatan daripada kajian ini juga mendapati alat spektrofotometer boleh digunakan untuk menganalisis warna primer dengan jitu dan dapat menentukan kepekatan warna kimia jenis remazol secara saintifik. Secara keseluruhan, kajian ini dapat memberi maklumat tentang teknik penghasilan kain limar tenggarung kepada individu yang terlibat dalam bidang tekstil.,Limar fabric is one of oldest woven ikat fabric in the Malay World produced more than 150 years ago. Limar tenggarung is also in the category of limar fabric produced in Terengganu using weft ikat technique and natural dyes. The methods of producing this limar tenggarung are complicated and take a long time to prepare that makes this material is almost extinct. One of the reasons this fabric no is longer produced is because the present generation do not have the knowledge and skills. The skill of producing this fabric is not handed down completely and not documented for reference. Generally, this study aims to reproduce the fabric limar tenggarung. The specific objective of this study to identify the types of fibers and techniques that have been used to produce limar fabric; to prove that the paraffin wax can replace banana stem strips more quickly and effectively; to identify whether spectrophotometer is able to analyze primary colours of remazol and can record concentration scientifically; and finally to prove that the limar tenggarung fabric can be reproduced by using silk yarns, paraffin wax and chemical dyes type remazol. The analysis of fiber using qualitative methods by experiment was done with burning test technique. The data was obtained from observations on the physical condition of the fibers and the smell when burned. Qualitative analysis of artifacts limar fabric was done in museums based on the type of motifs, patterns, colors, fabric structures and weaving techniques. In this study, chemical dyes type remazol were used to replace the natural dyes because they are more practical in preparation and there are various colors. Quantitative methods were used in analysing chemical dyes type remazol in laboratory by experiment using spectrophotometre Hitachi U-1800 based on the wavelength of each primary color. The reproduction of limar tenggarung fabric has used qualitative methods in an experiment at the weaving workshop. The findings of the study show that the silk yarn is suitable for making limar tenggarung fabrics and paraffin wax can be used as resis to create motifs. Based on the findings of the study concluded that limar tenggarung fabric can be reproduced using silk yarns, paraffin wax and chemical dyes type remazol. The finding also shows that spectrophotometer equipment can be used to analyze the primary colours of chemical dye type remazol accurately and able to determine dyes concentration scientifically. In general, this study provides beneficial information for the production technique of making limar fabric to individuals who are involved in the field of textiles.,Master
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
dc.rightsUKM
dc.subjectKain limar tenggarung
dc.subjectAlam melayu
dc.subjectIkat
dc.subjectTextile fabrics
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenghasilan semula kain limar tenggarung berasaskan bahan, teknik, corak dan warna
dc.typetheses
dc.format.pages222
dc.identifier.callnoNK9504.7.A375 2015 tesis
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80392+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.