Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/454401
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorIshak Ahmad
dc.date.accessioned2023-08-30T03:44:01Z-
dc.date.available2023-08-30T03:44:01Z-
dc.date.issued2022-03-11
dc.identifier.otherukmvital:129785
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/454401-
dc.descriptionBiojisim lignoselulosik merupakan sumber utama dalam pengeluaran nanoselulosa boleh didapati dengan banyaknya dari pelbagai sumber di Malaysia. Nanoselulosa boleh dikelaskan kepada selulosa nanofibril (CNF) dan selulosa nanohablur (CNC). Umumnya, CNF dihasilkan secara mekanik manakala CNC dihasilkan dengan penyingkiran bahagian amorfus selulosa secara hidrolisis menggunakan asid pekat. Selulosa nanohablur (CNC) merupakan nanoselulosa yang mempunyai sifat unik yang berbeza daripada sifat selulosa pada skala makro, selain mempunyai semua sifat biourai yang dikaitkan dengan sumber berasaskan tumbuhannya. CNC adalah bahan bio yang boleh diperbaharui dan boleh berfungsi sebagai pengisi penguat dalam pelbagai aplikasi berbeza. Dalam syarahan perdana ini, kajian berkaitan pengekstrakan dan pencirian CNC dari pelbagai sumber serabut asli di Malaysia seperti kenaf, sekam padi, kelapa, tandan kosong kelapa sawit, meli.gkuang, dan lain-lain serta penggunaannya dalam pelbagai aplikasi akan diterangkan. CNC boleh disediakan menggunakan hidrolisis asid terhadap selulosa yang diekstrak daripada serabut semula jadi. Penyelidikan ini telah dijalankan di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM bersama-sama dengan rakan kolabrasi penyelidikan di Universite Grenoble Institute of Technology (INP), Perancis dan Mahatma Gandhi University, India. Penggunaan CNC sebagai bahan penguat dalam polimer bionanokomposit telah dikaji. Filem kanji dan k-carrageenan hibrid bionanokomposit yang diperkuat oleh CNC telah berjaya dihasilkan dan dipatenkan. Filem biokomposit yang diperkuat dengan CNC menunjukkan peningkatan dalam kekuatan tegangan dan modulus walaupun pada kandungan pengisi yang sangat rendah. Pemeriksaan morfologi menunjukkan bahawa CNC tersebar dengan baik dalam matriks. Hidrogel dengan kepekaan yang luar biasa terhadap perubahan dalam pH juga disediakan menggunakan gelatin dan asid poliakrilik (PAA) yang diperkuat dengan CNC. Kajian perbandingan menggunakan CNC sebagai pengisi penguat dalam hidrogel gelatin juga dilakukan dengan menggunakan 8/ Nanoselulosa Sumber Semula ladi: Potensi Bahan untuk Masa Depan Lestari proses taut silang kimia dan teknik penyinaran gamma. Hasil penemuan telah menunjukkan keupayaan hidrogel CNC untuk memberikan rangsangan terhadap pH yang berlainan dan kestabilan mekanik yang tinggi mencadangkan bahawa hidrogel CNC adalah bahan masa depan yang berpotensi sebagai pembawa ubat. Struktur, susunan, dan saiz liang hidroge1 gelatin CNC yang diperkuat oleh CNC menyebabkan mekanisme pembengkakan menghasilkan pengambilan air yang lebih tinggi dan cepat berbanding hidrogel gelatin yang diperkuat selulosa bersaiz mikro. Kajian in vitro juga menunjukkan bahawa CNC/gelatin hidrogel menunjukkan kecekapan pelepasan bahan aktif yang baik dan sesuai untuk digunakan dalam aplikasi penghantaran ubat. Syarahan perdana ini menjelaskan aplikasi CNC yang berpotensi sebagai bahan masa depan yang lestari.,Dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 11 Mac 2022 Jumaat di Bilik Senat Universiti Kebangsaan Malaysia
dc.language.isomay
dc.subjectCellulose
dc.subjectCellulose nanocrystals.
dc.subjectColloids
dc.titleNanoselulosa sumber semula jadi : potensi bahan masa depan lestari
dc.typeSpeech
dc.description.notesISBN : 9789672513933
dc.description.notesCall Number : QD321.I834
dc.format.pages119
Appears in Collections:Inaugural Lecture / Syarahan Perdana

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129785+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
41.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.