Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/444983
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorida binti Basnan, Dr.-
dc.contributor.advisorAzlina binti Ahmad, Dr.-
dc.contributor.advisorMohd Fairuz Md Salleh, Prof Dr.-
dc.contributor.authorMona Othman (P100848)-
dc.date.accessioned2023-08-25T03:38:55Z-
dc.date.available2023-08-25T03:38:55Z-
dc.date.issued2023-06-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/444983-
dc.description.abstractPelaporan bersepadu diiktiraf kajian lepas sebagai mekanisma pelaporan komprehensif yang memenuhi keperluan pelbagai pihak berkepentingan. Walaupun pengkaji lepas mendapati Kerangka Kerja Pelaporan Bersepadu oleh The International Integrated Reporting Council boleh diadaptasi oleh sektor awam, namun kesesuaian terasnya yang meliputi Konsep Asas, Prinsip Panduan dan Elemen Kandungan dalam memenuhi keperluan pihak berkepentingan sektor awam masih dipersoalkan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan satu kerangka kerja khusus bagi sektor awam. Selain itu, sungguhpun terdapat usaha untuk memperkembang laporan tersebut, namun bukti empirikal mengenai tahap pendedahan serta dorongan dan kekangan terhadap kebolehaplikasian pelaporan bersepadu masih perlu dipergiat. Oleh itu, kajian ini juga menganalisis tahap pendedahan pelaporan bersepadu sedia ada serta mendapatkan pandangan pihak berkepentingan tentang dorongan dan kekangan kebolehaplikasian pelaporan bersepadu khususnya dalam konteks Badan Berkanun Persekutuan atau singkatannya BBP. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran (kualitatif dominan). Tiga pusingan perbincangan kumpulan berfokus yang melibatkan 21 peserta dan temu bual individu yang melibatkan tujuh peserta yang terdiri daripada pihak berkepentingan BPP telah dilaksanakan. Selain itu, analisis kandungan terhadap pelaporan bersepadu turut dijalankan. Analisis tematik, deskriptif dan inferensi turut diaplikasikan. Berbanding Kerangka Kerja IIRC, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penambahan kepada ciri-ciri Konsep Asas, Prinsip Panduan dan Elemen Kandungan. Kajian ini juga telah menyenaraikan indikator dan item untuk teras pelaporan bersepadu (termasuk 5 item baru yang dicadangkan oleh pihak berkepentingan BBP). Berdasarkan kerangka kerja yang dibangunkan, tahap pendedahan pelaporan bersepadu sedia ada adalah baik. Dapatan menunjukkan wujud bukti isomorfisme dalam bentuk paksaan, normatif, mimetik mahupun faktor dalaman yang mempengaruhi kebolehaplikasian pelaporan bersepadu. Kajian ini telah memperluaskan teori pihak berkepentingan dengan mengenal pasti dan mendalami keperluan pelbagai pihak berkepentingan terhadap pelaporan bersepadu. Dapatan kajian memperkembangkan teori institusi dengan mengenal pasti dan memahami bentuk tekanan (isomorfisme) institusi yang mempengaruhi pelaksanaan pelaporan bersepadu. Dari segi metodologi, kajian ini telah mengaplikasikan teknik kumpulan berfokus dan kesahan Ask, Record and Confirm dalam bidang perakaunan yang selama ini banyak diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Dari segi praktis, dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pihak berautoriti untuk meminda peraturan pelaporan sedia ada di mana perlu. Kajian akan datang boleh diperluaskan kepada entiti awam lain di Malaysia atau negara membangun yang lain.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCorporation reportsen_US
dc.subjectIntegrated reportingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan kerangka kerja pelaporan bersepadu sektor awam menurut perspektif pihak berkepentinganen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages410en_US
dc.identifier.callnoHG4028.B2.M636 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007098en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan kerangka kerja peloporan bersepadu sektor awam menurut perpspektif pihak berkepentingan.pdf
  Restricted Access
Full-text5.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.