Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/444773
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorman Mohd Saleh, Prof, Dato Dr.-
dc.contributor.advisorRubayah Yakob, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRohaida Ismail (P77940)-
dc.date.accessioned2023-08-25T03:29:01Z-
dc.date.available2023-08-25T03:29:01Z-
dc.date.issued2023-01-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/444773-
dc.description.abstractLat laporan kewangan (LLK) yang singkat adalah penting bagi memastikan pemegang saham terus menerima maklumat yang relevan dan tepat pada masanya untuk membuat keputusan. Jawatankuasa audit, audit dalaman dan pengurusan risiko enterpris (ERM) merupakan mekanisme tadbir urus korporat efektif yang penting dalam menentukan kelancaran proses pelaporan kewangan untuk diterbitkan tepat pada masanya serta bertanggungjawab memantau dan memastikan keperluan penyenaraian ini dipatuhi. Firma boleh mendapat manafaat daripada ERM untuk membantu dalam pembuatan keputusan yang boleh mengurangkan risiko. Oleh itu, berbeza daripada kajian terdahulu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penengah ERM terhadap hubungan antara jawatankuasa audit dan audit dalaman dengan LLK berasaskan teori agensi dan teori pandangan berasaskan sumber. Kajian turut mengkaji hubungan langsung antara jawatankuasa audit dengan LLK, jawatankuasa audit dengan ERM serta ERM dengan LLK. Kajian juga mengkaji hubungan langsung antara audit dalaman dengan LLK, serta audit dalaman dengan ERM. Sampel kajian adalah syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia bagi tahun pemerhatian 2012 sehingga 2015. Analisis kandungan laporan tahunan syarikat dilakukan untuk memeriksa maklumat berkaitan ciri-ciri keberkesanan jawatankuasa audit dan mendapatkan maklumat berkaitan kos pelaburan dan pembentukan audit dalaman sama ada secara sumber dalaman atau luaran. Hasil ujian regresi berganda data panel, menunjukkan ciri-ciri keberkesanan jawatankuasa audit, pembentukan audit dalaman secara dalaman adalah penting dalam memastikan keberkesanan ERM. Pembentukan audit dalaman secara dalaman dan kos pelaburan audit dalaman serta keberkesanan ERM juga dilihat dapat mengurangkan LLK. Namun, dapatan kajian tidak menemukan bukti yang signifikan bahawa ERM menjadi penengah dalam hubungan antara jawatankuasa audit dan audit dalaman dengan LLK. Hal ini menunjukkan peranan pemantauan jawatankuasa audit dan juruaudit dalaman ke atas ERM agak kurang berkesan sehingga peranan ERM sebagai mekanisme penengah tidak berlaku. Walau bagaimanapun, sumbangan kajian mengisi jurang kajian sedia ada dalam literatur lat laporan kewangan dengan mempertimbangkan peranan ERM dalam mempengaruhi LLK. Dapatan kajian turut memberi input berguna kepada pengurusan syarikat dan pembuat polisi tentang kepentingan ERM sebagai mekanisme penting tadbir urus korporat seterusnya memaksimumkan manafaat dalam proses penyediaan laporan kewangan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectFinanceen_US
dc.subjectAudit committeesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleLat laporan kewangan, jawatankuasa audit, audit dalaman dan pengurusan risiko enterprisen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages211en_US
dc.identifier.callnoG173.R634 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007095en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Lat laporan kewangan jawatankuasa audit audit dalaman dan pengurusan risiko enterpris.pdf
  Restricted Access
Full-text1.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.