Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437542
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozilawati Razali, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRahayu Hashim, P74129-
dc.date.accessioned2023-08-23T08:41:11Z-
dc.date.available2023-08-23T08:41:11Z-
dc.date.issued2021-11-25-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437542-
dc.descriptionPartialen_US
dc.description.abstractPengurusan keselamatan maklumat (PKM) merupakan satu pelan tindakan meliputi reka bentuk, pelaksanaan dan kawalan keselamatan maklumat di dalam memastikan maklumat organisasi dipelihara. Sebagai agensi yang disenaraikan dalam Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII), universiti awam (UA) di bawah sektor awam turut mempraktikkan inisiatif PKM bagi mengawal insiden keselamatan maklumat di UA. Namun begitu, masih terdapat peningkatan insiden sebanyak 23.5% dari tahun 2020 (61.5%) berbanding tahun 2019 (38%) terhadap laporan insiden berkaitan keselamatan maklumat di UA. Sehubungan itu, pelaksanaan PKM di UA perlu ditambah baik. Senario ini terjadi kerana UA tidak mengetahui faktor pelaksanaan PKM selain tiada panduan yang menyeluruh. Menyedari hakikat ini, kajian dibuat untuk menghasilkan rangka kerja pelaksanaan PKM di UA yang holistik. Rangka Kerja ini dihasilkan dengan mengambil kira faktor yang meliputi aspek manusia, teknikal dan kitaran proses yang terlibat berserta kaedah pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggabung kajian teoretikal dan empirikal. Kajian teoretikal diperolehi menerusi sorotan susastera terhadap PKM terdahulu. Kajian empirikal pula melibatkan tiga teknik iaitu sesi pemerhatian, kumpulan fokus dan temu bual bersama informan. Seramai dua puluh sembilan pengamal industri daripada UA yang terpilih bagi memperolehi faktor dan kaedah pelaksanaan yang berkesan. Data yang diperoleh melalui kajian teoretikal dan empirikal dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan bagi membentuk rangka kerja yang dicadangkan. Hasilnya dua belas faktor penyumbang dan tiga puluh empat elemen diperolehi. Faktor ini kemudiannya dikelaskan kepada aspek manusia dan proses. Akhir sekali, Rangka Kerja Pelaksanaan Pengurusan Keselamatan Maklumat di Universiti Awam disahkan melalui tiga orang pakar bidang keselamatan maklumat. Rangka Kerja ini, boleh dijadikan panduan oleh pengamal industri di dalam melaksanakan PKM dengan lebih sistematik dan komprehensif. Pelaksanaan rangka kerja ini juga diharapkan dapat membantu mengurangkan insiden di UA.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumaten_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectInformation technology -- Security measuresen_US
dc.subjectInformation storage and retrieval systems -- Security systemsen_US
dc.titleRangka kerja pelaksanaan pengurusan keselamatan maklumat di universiti awamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages42 p.en_US
dc.identifier.callnoCD Tesis UKM PL2en_US
dc.identifier.barcode005936(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreeSarjana Teknologi Maklumaten_US
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Rangka kerja pelaksanaan pengurusan keselamatan maklumat di universiti awam.pdf
  Restricted Access
Partial470.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.