Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437521
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd Yazid Ahmad, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Adilah Supardan (P87052)-
dc.date.accessioned2023-08-23T01:25:10Z-
dc.date.available2023-08-23T01:25:10Z-
dc.date.issued2023-01-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437521-
dc.description.abstractHak atas harta sepencarian boleh dituntut oleh setiap pasangan sama ada dalam perkahwinan, penceraian atau selepas kematian. Salah satu harta yang menjadi tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah adalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Terdapat beberapa percubaan berkaitan dengan kes tuntutan caruman KWSP yang dibawa kepada pihak mahkamah. Impak daripada itu, wujudnya perbezaan keputusan kes tuntutan harta sepencarian ke atas caruman KWSP yang telah diputuskan di mahkamah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengenalpasti kedudukan konsep al-Shārikah dalam harta sepencarian, mengkaji kedudukan caruman KWSP dalam konsep harta dan menganalisis kedudukan caruman KWSP sebagai harta sepencarian. Kajian ini berbentuk kualitatif yang bersandarkan kepada kajian analisis kandungan dengan menggunakan kaedah pendekatan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data yang diperoleh, dianalisis secara deskriptif dan deduktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa kedudukan caruman KWSP yang lebih tepat adalah sebagai harta pusaka. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang menghalang tuntutan caruman KWSP sebagai harta sepencarian dilaksanakan iaitu Akta KWSP 1991, keputusan fatwa yang sedia ada dan terdapat elemen lain yang wujud dalam wang KWSP pencarum selain dari sumbangan pencarum seperti sumbangan majikan dan dividen. Kajian ini dapat menyumbang idea khususnya kepada bidang kajian syariah serta kepada bidang pengajian Islam. Kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam konteks meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang kedudukan caruman KWSP dalam harta sepencarian.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHarta sepencarianen_US
dc.subjectPesaraen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia – Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKedudukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai harta sepencarianen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages139en_US
dc.identifier.callnoBP158.M28.M833 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007058en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kedudukan caruman kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) sebagai harta sepencarian.pdf
  Restricted Access
Partial1.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.