Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437520
Title: | Hala tuju pengurusan wakaf tunai Institusi pengajian tinggi di Selangor |
Authors: | Muhammad Lutfi Bin Md Latib (P90195) |
Supervisor: | Mohd Zamro Muda, Dr. |
Keywords: | Pengurusan Wakaf tunai Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Jan-2023 |
Abstract: | Kini institusi pengajian tinggi (IPT) tidak lagi bergantung semata-mata kepada yuran pengajian tetapi turut memiliki kaedah lain dalam melestarikan dana institusi pengajian iaitu dengan model wakaf tunai. Cabaran yang dihadapi oleh institusi pengajian tinggi yang menjalankan model wakaf tunai adalah bagaimana untuk mewujudkan satu halatuju pengurusan wakaf tunai institusi pengajian tinggi yang efektif dan produktif. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kedudukan wang tunai sebagai harta wakaf menurut pandangan ulama, menganalisis pengurusan dana wakaf di institusi pengajian tinggi di Selangor iaitu UKM, UPM, UiTM dan KUIS dan merangka hala tuju pengurusan wakaf tunai institusi pengajian tinggi di Selangor ke arah kemajuan penjanaan dana yang produktif dan efisien. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan pendekatan deskriptif serta menggunakan metode dokumentasi dan komparatif. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah diambil daripada bahan-bahan rujukan dan temubual bersama individu atau wakil pejabat wakaf IPT yang terpilih. Hasil kajian ini mendapati bahawa perbandingan model pengurusan wakaf tunai IPT berupaya menghasilkan satu halatuju pengurusan wakaf tunai yang praktikal kepada institusi pengajian tinggi yang menjalankan wakaf tunai. |
Pages: | 163 |
Call Number: | BP170.25.M8445 2023 tesis |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hala tuju pengurusan wakaf tunai Institusi pengajian tinggi di Selangor Restricted Access | Full-text | 2.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.