Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437518
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhazri Osman, Dr.-
dc.contributor.authorMohd. Farid Mohamad Japeri (P106847)-
dc.date.accessioned2023-08-23T01:20:02Z-
dc.date.available2023-08-23T01:20:02Z-
dc.date.issued2023-02-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437518-
dc.description.abstractPencegahan ialah strategi utama dalam menangani permasalahan dadah yang mengancam masyarakat dan negara. Sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan program Family on Alert kepada keluarga yang berisiko. Walaupun FOA telah dijalankan sejak tahun 2011, namun program ini masih memerlukan penambahbaikan khususnya dari sudut penerapan pendekatan Islam. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan penerapan pendekatan Islam dalam program FOA, menganalisis jangkaan masalah dalam menerapkan pendekatan Islam dalam program FOA seterusnya menganalisis kaedah penerapan pendekatan Islam terhadap program FOA. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes ini mengumpul data menerusi perbincangan kumpulan fokus yang melibatkan lapan orang pakar dalam bidang pencegahan dan rawatan penagihan dadah. Hasil kajian mendapati pendekatan Islam dalam program FOA amat penting terutamanya diperlukan penambahbaikan dari segi isu modul, pelaksanaan modul, dan penyampaian modul tersebut. Seterusnya, pada dapatan kajian daripada analisis jangkaan masalah penerapan pendekatan Islam terhadap FOA didapati adanya lima jangkaan iaitu isu pelbagai budaya, isu terdapat agama lain, isu sosial, isu perbezaan zaman dan isu latarbelakang pengajar. Hasil kajian juga mendapati, informan mencadangkan tiga kaedah penerapan pendekatan Islam terhadap FOA iaitu meyakini dan menerapkan cara Rasullulah SAW, melibatkan konsep zikir dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pendidikan. Untuk merealisasikan hasrat ini, FOA memerlukan penambahbaikan modul yang sedia ada dan fasilitator yang kompeten. Kaedah yang perlu diterapkan hendaklah mempunyai tiga elemen utama iaitu, akidah, akhlak dan ibadah. Implikasi kajian ini diharap dapat membantu Agensi yang bertanggungjawab dalam pendidikan pencegahan dadah menambahbaik modul yang dipakai dengan mengambil kira penerapan pendekatan Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPenyalahgunaan dadahen_US
dc.subjectAgama Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenerapan pendekatan Islam dalam modul Family On Alert (FOA) di AADKen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages160en_US
dc.identifier.callnoBP44.M835 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007055en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penerapan pendekatan islam dalam modul family on alert (FOA) di AADK.pdf
  Restricted Access
Full-text3.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.