Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437516
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Razak Idris, Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd. Subri Ghazali (P106896) | - |
dc.date.accessioned | 2023-08-23T01:17:06Z | - |
dc.date.available | 2023-08-23T01:17:06Z | - |
dc.date.issued | 2023-02-02 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437516 | - |
dc.description.abstract | Konsep wasatiyyah adalah satu konsep yang mampu menangkis fahaman ekstrem dalam melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah SWT. Justeru itu, konsep wasatiyyah penting untuk dihayati oleh umat Islam amnya dan komuniti dakwah khasnya. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) merupakan sebahagian dari komuniti dakwah yang kecil dan penting di Malaysia kerana peranan yang dipikulnya untuk meningkatkan spiritual combat power (kuasa perang rohaniah) anggota Angkatan Tentera Malaysia. Dari itu, pelatih KAGAT adalah kelompok yang perlu ditarbiyyah dengan pendekatan wasatiyyah bagi memastikan peranan tersebut dapat dilaksanakan dengan seimbang dan cemerlang. Kajian ini bertujuan meneliti tahap pemikiran konsep wasatiyyah pelatih KAGAT yang mengikuti latihan di Institut Latihan Kefahaman Islam (ILMI) Port Dickson. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai tahap pemikiran konsep wasatiyyah pelatih KAGAT serta menganalisis inisiatif yang dilaksanakan ke arah peningkatan terhadap kefahaman wasatiyyah. Di samping itu, kajian ini juga mencadangkan program penambahbaikan bagi mempertingkatkan tahap pemikiran konsep wasatiyyah. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan metode pengumpulan data melalui analisa kepustakaan, soal selidik dan temu bual serta pemerhatian aktiviti latihan yang dilaksanakan. Implikasi kajian menunjukkan 150 daripada 173 pelatih KAGAT memiliki tahap pemikiran konsep wasatiyyah yang tinggi dari aspek kefahaman berbanding aspek budaya yang melibatkan toleransi, berusaha dan disiplin masih ditahap pertengahan. Cabaran dari sudut dalaman dan luaran yang dihadapi jika tidak dicegah akan melemahkan pemikiran konsep wasatiyyah. Penambahan jurulatih dan subjek wasatiyyah secara teori dan amali serta penambahbaikan prasarana latihan merupakan langkah terbaik ke arah penyediaan Daci cAskari yang seimbang dan cemerlang> | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Kesederhanaan | en_US |
dc.subject | Agama Islam | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.title | Pemikiran pelatih KAGAT tentang konsep wasatiyyah | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 149 | en_US |
dc.identifier.callno | BP188.16.M59.M837 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007053 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pemikiran pelatih KAGAT tentang konsep wasatiyyah.pdf Restricted Access | full text | 2.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.