Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437515
Title: Amalan pengajaran pendidikan spiritual anak jalanan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur
Authors: Farah Hamizah Samsuddin (P78704)
Supervisor: Haziyah Hussin, Prof, Madya Dr.
Keywords: Kanak-kanak jalanan
Pendidikan agama Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Jan-2023
Abstract: Fenomena anak jalanan di bandar-bandar besar merupakan satu isu global. Golongan ini berhadapan dengan isu kemiskinan, konflik keluarga dan keciciran dalam pendidikan. Mereka turut hidup dalam persekitaran yang terdedah dengan pelbagai gejala sosial. Dalam hal ini, pendidikan spiritual sama ada secara formal atau tidak formal sangat signifikan bagi membina benteng keagamaan dan memupuk semangat dalaman untuk mereka menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Penubuhan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bertujuan memberi akses pendidikan formal kepada anak jalanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan SBJK dalam pendidikan spiritual, mengkaji amalan pengajaran bagi pendidikan spiritual yang diterima oleh murid serta meneroka penerimaan pendidikan spiritual dalam kalangan murid berdasarkan kepada pengamatan guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Data dikumpul melalui temu bual dan analisis dokumen. Informan kajian terdiri adalah enam orang guru yang terdiri daripada pihak pengurusan sekolah, guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Kelas Fardu Ain dan al-Quran (KAFA). Data temu bual ditranskripsi dan dianalisis secara deskriptif mengikut tema serta disokong data daripada analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan warga SBJK memainkan peranan mereka dalam menerapkan pendidikan spiritual kepada murid di dalam dan di luar bilik darjah. Guru-guru sentiasa berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian pendidikan spiritual. Kajian ini memberi implikasi terhadap sumbangan semua pihak khususnya guru-guru terhadap pendidikan spiritual di SBJK. Sektor pendidikan dan pertubuhan sosial juga disarankan agar memperkasakan pendidikan ini sebagai langkah intervensi dalam mengatasi permasalahan anak jalanan.
Pages: 148
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437515
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pengajaran pendidikan spiriturual anak jalanan di sekolah bimbingan jalinan kasih Kuala Lumpur.pdf
  Restricted Access
Full-text1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.