Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437514
Title: Pengurusan harta bagi pasangan perkahwinan sivil selepas memeluk Islam
Authors: Rina Fakhizan Mohd Sukri (GP01921)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof, Madya Dr.
Keywords: Marital- Property (Islamic law)
Muslim -- Converts
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jan-2023
Abstract: Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak perkahwinan sivil, sama ada suami atau isteri lazimnya menimbulkan implikasi perundangan terhadap status diri mualaf juga ahli keluarga mereka. Isu berbangkit yang berkaitan adalah seperti pengurusan harta pasangan perkahwinan sivil selepas memeluk Islam dan perbezaan perundangan yang akan menimbulkan konflik serta tiada mekanismen penyelesaian yang memberi keadilan kepada kedua belah pihak. Objektif kajian mengkaji pandangan fuqahak dalam tuntutan hak mualaf terhadap harta perkahwinan, kedua menganalisa peruntukan perundangan yang berkuatkuasa terhadap pengurusan harta pasangan perkahwinan sivil dan mengkaji konflik bidangkuasa mahkamah dalam pengurusan harta pasangan perkahwinan sivil selepas salah seorang suami atau isteri memeluk Islam. Metodologi kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual separa struktur bersama pakar bidang kajian untuk pengumpulan data. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema-tema yang sesuai. Hasil kajian mendapati bahawa berdasarkan pendapat jumhur fuqahak, isu harta pasangan perkahwinan sivil selepas pemelukan agama Islam terdapat beberapa harta yang tidak boleh diwarisi oleh pasangannya jika tidak memeluk Islam, seperti harta pusaka, harta penama seperti KWSP, PERKESO, simpanan di bank-bank.
Pages: 177
Call Number: BP158.M29.R536 2023 tesis
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437514
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengurusan harta bagi pasangan perkahwinan sivil selepas memeluk islam.pdf
  Restricted Access
full text1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.