Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437513
Title: Harta sepencarian antara suami isteri dan pelaksanaannya di beberapa negara Arab: satu kajian perbandingan
Authors: Abdusalam H Sawih Milad (P99958)
Supervisor: Mat Nour Mat Zaini, Dr.
Keywords: Harta sepencarian -- Undang-undang Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jun-2022
Abstract: Isu harta sepencarian (harta perkongsian bersama) antara pasangan suami isteri adalah merupakan isu baharu yang berlaku di negara Arab. Ramai yang masih jahil tentang hakikat sistem, cara amalan dan manfaat daripadanya. Masalah isu tersebut menjadi besar dalam keadaan di mana pasangan suami isteri bersama-sama bekerja atau suami bekerja dan isteri tidak bekerja, atau isteri bekerja dan suami tidak bekerja, iaitu apabila terdapat percampuran harta-harta mereka sama ada secara persetujuan bersama atau tidak. Kemudian timbul masalah lain, iaitu dari segi kejayaan pelaksanaan sistem tersebut tanpa halangan, dan implikasi perjanjian ini ke atas harta mereka berdua. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui hukum setiap keadaan harta sepencarian di antara pasangan suami isteri di negara Arab. Seterusnya kajian mengenai pelaksanaan perjanjian dan impak harta sepencarian di negara-negara Arab. Ia juga bertujuan untuk mengkaji halangan-halangan terhadap pelaksanaan perjanjian harta sepencarian pasangan suami isteri di negara-negara Arab, terutama Libya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara deduktif dengan memecahkan permasalahan kepada unsur-unsur utama. Kajian juga penggunaan kaedah analisis deskriptif yang bertujuan untuk menilai masalah atau fenomena bermula dengan mengumpul maklumat sehingga ke peringkat perumusan masalah dan analisis data, di samping penggunaan metode perbandingan. Dapatan kajian ini adalah seperti berikut; Prinsip asal dalam syariah ialah liabiliti harta terhadap seseorang adalah secara berasingan di mana wanita dan lelaki mempunyai liabiliti harta secara berasingan. Perkongsian harta adalah sistem pilihan kepada suami dan isteri, di mana mereka harus mengadakan syarat bagi pasangan masing-masing demi melindungi hak harta mereka. Namun, jika terdapat syarat yang bercanggah dengan nas-nas syarak dan maqasid akad perkahwinan maka ia terbatal. Antara kebaikan sistem perkongsian harta adalah wujud pengikktirafan undang-undang terhadap pemilikan harta sepencarian di antara pasangan suami isteri. Namun demikian, undang-undang Libya tidak menyatakan secara jelas mengiktiraf sistem perkonsian pemilikan tetapi masih menghalang kesan retrospektif terhadap kontrak secara umum. Walaupun perundangan di Tunisia, Algeria dan Maghribi pada asalnya mengamalkan sistem pengasingan harta antara pasangan suami isteri tetapi mengadakan pengecualian dengan membenarkan sistem perkongsian harta. Impak kajian ini adalah kepada penggubal undang-undang di negara-negara Arab, terutamanya Libya, harus menjalankan kajian menyeluruh terhadap Undang-undang Personal dan Keluarga untuk memperkenalkan undang-undang khas berkaitan harta sepencarian/perkongsian tersebut di negara-negara Arab.
Pages: 200
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437513
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Al-amwal al-musytarakah bayna al zawjayn watatbiquha fi bad al-duwal al-arabiyyah dirasah muqaranah.pdf
  Restricted Access
full text2.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.