Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437478
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIdayu Badilla Idris, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorIda Dalina Noordin-
dc.date.accessioned2023-08-16T03:00:30Z-
dc.date.available2023-08-16T03:00:30Z-
dc.date.issued2020-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437478-
dc.description.abstractPencemaran PM10 udara di Malaysia berpunca dari aktiviti manusia. Pendedahan kepadanya meningkatkan insidens jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan kanak-kanak dan kematian berkaitan masalah pernafasan dalam kalangan golongan dewasa dan warga emas. Namun kesannya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan belum diketahui di negara ini. Kajian ini dijalankan khususnya bagi menentukan hubungan di antara tahap pendedahan kepada PM10 semasa hamil dengan kejadian kurang berat badan bayi semasa lahir. Kajian keratan rentas ini dijalankan di Lembah Kelang, khususnya di dua kawasan yang mencatatkan kepekatan PM10 paling kurang tercemar dan paling teruk tercemar. Maklumat kelahiran hidup bermula Januari 2015 hingga Disember 2016, didapatkan dari rekod kehamilan dan kelahiran di klinik kesihatan sentinel yang terletak dalam lingkungan 5 km dari Stesen Pemantauan Kualiti Udara (CAQM). Tahap pendedahan adalah berdasarkan bacaan min harian kepekatan sebenar PM10 ambien di stesen CAQM terdekat, dikira mengikut trimester dan sepanjang kehamilan. Dalam tempoh 2014 hingga 2016, CAQM Klang mencatatkan bacaan min harian kepekatan PM10 tertinggi (68.89±41.12µg/m3 ) manakala terendah di CAQM Cheras (49.49±28.53 µg/m3). Julat pendedahan kepada PM10 semasa hamil adalah di antara 42.17 hingga 84.71 µg/m3 dengan min pendedahan PM10 adalah 59.43±11.67 µg/m3 untuk sepanjang kehamilan. Ini melebihi had pendedahan Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia (MAAQS), untuk tempoh setahun. Pendedahan dalam trimester pertama adalah tertinggi berbanding pendedahan dalam trimester kedua atau trimester ketiga. Kadar kejadian kurang berat badan bayi semasa lahir adalah 5.7% dengan perkaitan dari kumpulan etnik ibu (AOR 5.16, 95%SK 1.33-20.04), ukuran tinggi (AOR 0.90, 95%SK 0.82- 0.99) dan pariti > 5 (AOR 3.66, 95%SK 1.01-13.27), namun tiada kaitan dengan tahap pendedahan kepada PM10 yang dianggar untuk sepanjang kehamilan (OR 0.997, 95%CI 0.964-1.031) atau mengikut trimester. Ibu hamil di Lembah Klang mempunyai pendedahan kepada PM10 semasa hamil yang lebih tinggi dari had piawai tahunan dan tiada kesan signifikan kepada janin dalam kandungan. Perhatian khusus kepada golongan ini dan tindakan bersepadu pihak berkuasa bagi menurunkan pencemaran PM10 adalah perlu bagi mengurangkan pendedahan kepada ibu hamil di Lembah Klang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan, UKM, Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectAir Pollution -- adverse effectsen_US
dc.subjectPregnancy Complicationsen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titleKaitan faktor-faktor sosiodemografi & obstetrik serta pendedahan ibu hamil kepada bahan zarahan terampai di udara (PM10) dengan kejadian kurang berat badan bayi semasa lahir di Lembah Klangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages149en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Kesihatan Masyarakaten_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.