Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407808
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azlin Norhaini Mansor, Prof Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Zulaikha Mohd Basar (P109311) | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-17T03:32:36Z | - |
dc.date.available | 2023-07-17T03:32:36Z | - |
dc.date.issued | 2023-02-06 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407808 | - |
dc.description.abstract | Perkembangan dunia digital pada masa kini memerlukan guru yang berkebolehan serta sokongan yang padu daripada pemimpin sekolah. Gaya kepimpinan seseorang pengetua amat penting dalam mempengaruhi kompetensi digital guru di sekolah. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transfromasional pengetua, dan kompetensi digital guru sekolah menengah serta menguji hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua dengan kompetensi digital guru sekolah menengah di Jasin, Melaka. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan (survey) dengan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik secara dalam talian. Sampel kajian adalah seramai 274 orang guru sekolah menengah di Jasin, Melaka, yang dipilih secara persampelan rawak.Dapatan kajian menunjukkan pengetua di daerah jasin melaka mengamalkan kepimpinan transformasional pada tahap yang tinggi (min = 4.28 ; s.p=0.73 ). Kompetensi digital guru sekolah menengah juga berada pada tahap yang tinggi (min=4.39 , s.p=0.57 ). Selain itu, ujian t yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kompetensi digital guru sekolah menengah di Jasin, Melaka mengikut jantina dan lokasi. Keputusan ujian ANOVA satu hala pula menunjukkan bahawa bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi digital guru sekolah menengah mengikut pengalaman mengajar manakala ujian korelasi Pearson yang dijalankan pula menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang signifikan pada tahap yang tinggi antara kepimpinan transformasional pengetua dengan kompetensi digital guru sekolah menengah di daerah Jasin. Justeru, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pengetua untuk mengamalkan kepimpinan transformasi di sekolah, bagi meningkatkan kompetensi digital guru serta memperkenalkan inovasi dalam pembelajaran digital kepada pelajar. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | School principals | en_US |
dc.subject | Leadership | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kepimpinan transformasional pengetua dan kompetensi digital guru sekolah menengah di Jasin, Melaka | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 114 | en_US |
dc.identifier.callno | LB283.9.Z835 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007039 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kepimpinan transformasional pengetua dan kompetensi digital guru sekolah menengah di Jasin, Melaka.pdf Restricted Access | Full-text | 1.39 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.