Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407683
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammed Yusoff Mohd Nor, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Faizal Ghani (P109307)-
dc.date.accessioned2023-07-17T03:27:32Z-
dc.date.available2023-07-17T03:27:32Z-
dc.date.issued2023-01-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407683-
dc.description.abstractGaya kepimpinan beretika pengetua akan mempengaruhi amalan pengurusan konflik di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepimpinan etika pengetua terhadap amalan pengurusan konflik di Sekolah Transformasi (TS25) Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan etika pengetua dan tahap pengurusan konflik. Selain itu juga, kajian ini turut mengkaji hubungan antara kepimpinan etika pengetua dengan amalan pengurusan konflik serta sumbangan kepimpinan etika pengetua terhadap amalan pengurusan konflik di sekolah transformasi. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif sepenuhnya dengan menggunakan instrumen dan soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak mudah bagi kajian ini. Seramai 181 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian yang mengajar di sekolah transformasi daerah Seremban. Soal selidik berasaskan tinjauan digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini dimana responden kajian perlu menjawab soal selidik menggunakan skala likert lima mata. Analisis deskriptif menggunakan perisian versi SPSS 26.0 dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi melibatkan ujian korelasi Pearson dan ujian regresi berganda ‘stepwise’. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan etika pengetua secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi (M = 4.06, SP = 0.280) manakala amalan pengurusan konflik juga turut berada pada tahap tinggi (M= 4.07, SP = 0.292). Selain itu, analisis korelasi Pearson juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap tinggi (r=0.805, p<0.00) antara kepimpinan etika pengetua dengan pengurusan konflik di sekolah TS25 di Negeri Sembilan. Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan etika menyumbang sebanyak 65.9 peratus terhadap amalan pengurusan konflik. Implikasi hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak pembuat dasar dalam merancang, merangka dan melaksanakan program atau kursus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan pemimpin sekolah yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan pengurusan konflik yang lebih baik dan berkesan. Kesimpulannya, kepimpinan etika memainkan peranan penting dalam membantu pengetua dalam meningkatkan amalan pentadbiran dan pengurusan konflik di sekolah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSchool principalsen_US
dc.subjectLeadershipen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKepimpinan ketika pengetua dan amalan pengurusan konflik di sekolah transformasi (TS25) daerah Seremban, Negeri Sembilanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages208en_US
dc.identifier.callnoLB2831.9.M834 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007036en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepimpinan ketika pengetua dan amalan pengurusan konflik di sekolah transformasi (TS25) daerah Seremban, Negeri Sembilan
  Restricted Access
Full-text2.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.