Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407641
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | - |
dc.contributor.author | Norsham Md Ali (P109368) | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-17T03:25:57Z | - |
dc.date.available | 2023-07-17T03:25:57Z | - |
dc.date.issued | 2023-01-07 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407641 | - |
dc.description.abstract | Pelbagai aplikasi interaktif dan inovasi di dalam pengajaran diperkenalkan agar berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Namun begitu penggunaan aplikasi interaktif dan inovasi dalam kalangan guru didapati masih kurang. Lantaran itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap penggunaan Aplikasi Interaktif Kahoot (AIK) di dalam pengajaran Tasawwur Islam. Kajian juga mengenal pasti penggunaan AIK di dalam pengajaran, perbezaan aspek pengetahuan, kemahiran, sikap berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar, serta hubungan di antara kesediaan dengan penggunaan AIK. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik secara google form. Seramai 161 sampel dipilih daripada kalangan guru Tasawwur Islam di negeri Selangor. Analisis data menggunakan SPSS 22.0 yang merangkumi analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian t sample bebas, korelasi Pearson dan ANOVA satu hala). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha bagi setiap konstruk menunjukkan tahap kebolehpercayaan 0.9. Hasil kajian mendapati bahawa kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran berada di tahap sederhana, dan sikap di tahap tinggi. Manakala penggunaan di tahap sederhana. Seterusnya analisis ujian-t bagi sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan jantina. Manakala ujian ANOVA satu hala mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan pengalaman mengajar. Menerusi ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan dan kemahiran dengan penggunaan AIK. Sebaliknya tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dan penggunaan. Implikasi kajian dapat memberi kesedaran kepada guru kepentingan penggunaan aplikasi interaktif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini juga memberi implikasi kepada pihak-pihak terkait dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan AIK di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Internet in education | en_US |
dc.subject | Creative teaching | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kesediaan guru terhadap penggunaan Aplikasi Interaktif Kahoot dalam pengajaran Tasawwur Islam | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 217 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1044.87.N6377 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007035 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesediaan guru terhadap penggunaan Aplikasi Interaktif Kahoot dalam pengajaran Tasawwur Islam.pdf Restricted Access | Full-text | 1.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.