Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406593
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraidah Masir, Prof Dr.-
dc.contributor.advisorNoor Hamidah Hussin, Prof Datin Dr.-
dc.contributor.authorFaridah Abd Rahman-
dc.date.accessioned2023-07-14T07:17:55Z-
dc.date.available2023-07-14T07:17:55Z-
dc.date.issued2019-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406593-
dc.description.abstractLimfoma sel-B besar difus (DLBCL) adalah subkumpulan yang paling biasa dalam limfoma bukan-Hodgkin (NHL). Berdasarkan profil ekspresi gen, DLBCL dikategorikan kepada dua subjenis mengikut sel asalnya iaitu; 1) Pusat germinal sel-B (GCB), 2) Sel-B yang diaktif (ABC). Subjenis GCB mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding subjenis ABC. Kajian ini bertujuan untuk menentukan subjenis DLBCL di kalangan populasi di Malaysia dan melihat hubungkaitnya dengan penanda prognostik klinikal. Sebanyak 172 kes DLBCL telah dikonstruksi dengan menggunakan teknik tisu mikroatur (TMA). Pengekspresan bagi penanda pusat germinal (CD10, BCL6, GCET1) dan penanda pusat bukan-germinal iaitu MUM1 dan FOXP1 ditentukan melalui pewarnaan imunohistokimia. Sebanyak 172 kes dianalisa melalui pengekspresan CD10, BCL6 dan MUM1 dengan menggunakan algoritma Hans. Manakala sebanyak 160 kes pula dianalisa menggunakan algoritma Choi melalui pengekspresan CD10, BCL6, MUM1, GCET1 dan FOXP1. Selain itu, sebanyak 135 kes DLBCL turut dikaji untuk menentukan kekerapan pengekspresan dua penanda pusat germinal yang baru iaitu HGAL dan LMO2 pada subjenis DLBCL. Analisa hubungkait di antara subjenis DLBCL dengan parameter dalam Indeks Prognostik Antarabangsa (IPI) juga dikaji. Perkaitan di antara HGAL dan LMO2 dengan parameter IPI turut dinilai bagi menentukan perhubungan penanda ini dengan faktor yang mempengaruhi prognosis DLBCL. Sebanyak 49/172 (28.5%) kes diklasifikasikan sebagai subjenis GCB dan 123/172 (71%) adalah subjenis ABC mengikut algoritma Hans. Sementara itu, dengan algoritma Choi, sebanyak 46/160 (29.0%) kes adalah subjenis GCB dan 114/160 (71.0%) adalah subjenis ABC. Pengekspresan HGAL adalah sebanyak 32/46 (69.6%) kes dalam kumpulan GCB, dan 53/116 (45.7%) kes dalam kumpulan ABC. LMO2 pula diekspres sebanyak 20/45 (44.4%) kes dalam kumpulan GCB dan 25/114 (21.9%) kes dalam kumpulan ABC. Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang signifikan di antara subjenis GCB dengan HGAL (p = 0.006) dan LMO2 (p = 0.005). Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hanya satu hubungkait yang signifikan di antara subjenis DLBCL dengan parameter IPI iaitu kumpulan umur, di mana keputusan menunjukkan subjenis ABC ditemui pada pesakit yang lebih tua (p = 0.044). Selain itu, hubungkait yang positif dikenalpasti di antara LMO2 dengan skor IPI yang tinggi (p = 0.023). Kesimpulannya, majoriti kes DLBCL di Malaysia adalah terdiri daripada subjenis ABC yang dikaitkan dengan prognosis yang lebih teruk. Pengkelasan DLBCL dengan menggunakan algoritma Choi berkait rapat dengan algoritma Hans yang dilihat lebih mudah digunakan (p <0.001). Penanda baru iaitu HGAL dan LMO2 didapati lebih kerap diekspres dalam subjenis GCB.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan, UKM, Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectLymphocytesen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titlePengekspresan Penanda-Penanda Molekul Yang Berhubungkait Dengan Limfoid Pada Limfoma Sel-B Besar Difus Menggunakan Teknik Imunohistokimiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages132en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Patologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FARIDAH BINTI ABD RAHMAN-FULL.pdf
  Restricted Access
2.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.