Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406590
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Fatimah Ibrahim, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.advisorKhairul B.Osman, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.advisorChua Kien Hui, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorFarah Hanan Fathihah Jaffar-
dc.date.accessioned2023-07-14T07:03:42Z-
dc.date.available2023-07-14T07:03:42Z-
dc.date.issued2021-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406590-
dc.description.abstractTeknologi Wi-Fi turut digunakan oleh kanak-kanak namun penilaian pendedahan Wi Fi terhadap perkembangan sistem pembiakan kanak-kanak tidak dikaji dengan meluas. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai kesan jangka panjang pendedahan Wi-Fi terhadap proliferasi spermatogonia anak tikus Sprague Dawley. Selain daripada itu, suplementasi sarang burung walit (EBN) diberikan bagi menilai kebolehan untuk mengatasi kesan dedahan Wi-Fi. Sebanyak 30 ekor (N=30) anak tikus berumur tiga minggu dibahagikan kepada lima kumpulan (n=6): kumpulan Kawalan, Kawalan EBN, Wi-Fi, Sham Wi-Fi dan Wi-Fi+EBN. Dedahan Wi-Fi 2.45 GHz dan suplementasi EBN 250 mg/kg diberikan selama 14 minggu. Hasil kajian mendapati bahawa dedahan Wi-Fi menurunkan status mitosis spermatogonia, kepekatan sperma, peratusan pergerakan, morfologi serta integriti kromatin sperma. Aras LH turut menurun. Dedahan Wi-Fi juga telah meningkatkan kerosakan DNA di dalam testis menerusi peningkatan ekspresi 8-hidroksi-2-deoksiguanosina (8-OHdG) di mana ianya selari dengan peningkatan tekanan oksidatif. Namun, dedahan Wi-Fi tidak menyebabkan penurunan signifikan di dalam ekspresi gen dan protein c-Kit-SCF serta aras FSH dan testosteron. Suplementasi EBN terhadap kumpulan dedahan Wi-Fi (Wi Fi+EBN) telah meningkatkan status mitosis spermatogonia, aras hormon FSH, kepekatan sperma, peratusan morfologi sperma dan integriti kromatin. Suplementasi EBN juga menurunkan ekspresi 8-OHdG dan mengembalikan keseimbangan oksidatif di dalam testis. Walau bagaimanapun, suplementasi EBN pada haiwan terdedah Wi-Fi tidak mempengaruhi ekspresi gen dan protein c-Kit-SCF, tidak meningkatkan LH serta tidak mempengaruhi testosteron. Kesimpulannya, Wi-Fi menyebabkan penurunan mitosis spermatogonia, kualiti sperma, aras LH dan meningkatkan kerosakan DNA menerusi tekanan oksidatif di dalam testis. Suplementasi EBN telah meningkatkan mitosis spermatogonia, memelihara kualiti sperma serta mengembalikan keseimbangan oksidatif di dalam testis.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan, UKM, Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCell Phoneen_US
dc.subjectElectromagnetic Radiationen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titleKesan Dedahan Jangka Panjang Wi-Fi dan Suplementasi Sarang Burung Walit ke Atas Proliferasi Spermatogonia Anak Tikus Jantan Sprague Dawleyen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages222en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafah (Fisiologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FARAH HANAN FATHIHAH BINTI JAFFAR-FULL.pdf
  Restricted Access
4.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.