Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406588
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsyaari Muhamad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAmir Husaini Saiffudin-
dc.date.accessioned2023-07-12T23:41:08Z-
dc.date.available2023-07-12T23:41:08Z-
dc.date.issued2023-02-23-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406588-
dc.description.abstractArkeologi maritim merupakan bidang yang agak baharu di Malaysia. Sejarah awal perkembangan bidang ini bermula di Malaysia adalah sekitar tahun 1990-an. Usaha kajian arkeologi maritim oleh pengkaji tempatan hanya menampakkan kewujudannya bermula pada penghujung tahun 1990-an. Kajian ini berkaitan dengan pemerkasaan arkeologi maritim melalui penemuan di Pulau Melaka, Melaka. Pulau Melaka merupakan sebuah bekas tapak pembangunan tambakan. Di tapak ini, ditemui sebuah rangka kapal purba yang dipenuhi dengan pelbagai artifak. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada tiga persoalan kajian yang penting iaitu apakah hasil penyelidikan arkeologi maritim di Pulau Melaka? Kedua, apakah kepentingan, isu dan potensi yang dikenalpasti serta yang ketiga bagaimana penyelidikan arkeologi di Pulau Melaka ini dapat dijadikan sebagai penanda aras kepada pemerkasaan arkeologi maritim di Malaysia? Tiga objektif kajian telah ditetapkan iaitu mengenalpasti hasil penemuan arkeologi maritim di Pulau Melaka tersebut. Kedua, untuk mengkaji kepentingan, isu dan potensi penyelidikan arkeologi maritim serta objektif yang ketiga iaitu menganalisis pemerkasaan arkeologi maritim melalui penemuan tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah penyelidikan dilakukan secara kualitatif. Data primer diperoleh daripada laporan kajian lapangan arkeologi, temubual informan serta lawatan muzium. Data sekunder dikumpul melalui kajian kepustakaan ke atas sumber bertulis dan laman sesawang yang berautoriti bagi menyokong data primer. Hasil kajian mendapati penemuan arkeologi maritim di Pulau Melaka terjejas akibat daripada aktiviti penambakan laut. Melalui kajian survei dan ekskavasi arkeologi yang dilakukan, terdapat sebuah rangka kapal purba di situ. Hasil ujikaji secara relatif dan saintifik, mendapati usia kapal purba tersebut sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka iaitu abad 15 Masihi. Pentarikhan ini dilakukan dengan melihat longgokan porselin biru dan putih zaman Ming di dalam rangka kapal tersebut. Hasil kajian awalan pada Fasa 1 dan 2 itu mendapati bidang arkeologi maritim di Melaka amat berpotensi. Model pemerkasaan pengurusan arkeologi maritim yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu kerangka tadbir urus, pembinaan keupayaan penyelidikan dan kajian penilaian impak warisan perlu diberi perhatian agar matlamat pemerkasaan bidang ini terlaksana pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM. Bangien_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectArkeologien_US
dc.subjectMaritimen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengurusan Arkeologi Maritim melalui penemuan kapal purba di Pulau Melaka, Melakaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages224en_US
dc.format.degreeSarjana Persuratanen_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P115250 AMIR HUSAINI BIN SAIFFUDDIN.pdf
  Restricted Access
126.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.