Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406587
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Fauzan Zuraidi | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-12T23:37:56Z | - |
dc.date.available | 2023-07-12T23:37:56Z | - |
dc.date.issued | 2023-07-08 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406587 | - |
dc.description.abstract | Gua Kambing merupakan salah satu gua batu kapur yang terdapat di dalam kawasan Gunung Pulai Baling, Kedah. Gua ini berkedudukan (N 05.66575, E 100.88501), hasil dari penelitian awal Gua Kambing ini sememangnya berpontensi untuk dilakukan kerjakerja ekskavasi arkeologi bagi mendapatkan data masyarakat Prasejarah yang pernah berada di gua ini. Oleh yang sedemikian kajian yang akan dilakukan di gua ini akan bersifat sistematik dan saintifik bagi mendapatkan data yang lebih baik sekaligus dapat membuktikan kewujudan masyarakat Prasejarah di Gua Kambing ini. Disebabkan itu, sebanyak tiga objektif utama telah ditetapkan bagi melancarkan lagi kajian di Gua Kambing ini, antara objektifnya ialah melihat dan membentuk kronologi turutan budaya masyarakat prasejarah di tapak Gua Kambing, menganalisis evolusi teknologi litik berdasarkan perkembangan budaya serta diet masyarakat di Gua Kambing, dan yang terakhir adalah mensintesis hubungan antara artifak dan ekofak dengan persekitaran. Di dalam kajian ini beberapa kaedah telah diaplikasikan bagi mendapatkan perincian data yang diinginkan selari dengan penetapan objektif kajian, antaranya ialah kaedah kajian yang melibatkan kajian kepustakaan, survei tapak, ekskavasi Arkeologi dan analisis sainstifik melalui kaedah keratan nipis (thin section), radiokarbon, XRD dan XRF. Hasil daripada ekskavasi di Gua Kambing ini telah dijumpai artifak berupa alat batu, beberapa serpihan tembikar tanah dan ekofak seperti cangkerang siput dan serpihan tulang binatang. Melalui jumpaan alat batu di Gua Kambing ini, ianya dapat di klasifikasikan kepada beberapa alat seperti batu pelandas, batu pemukul, alat repeh, kapak cobble bifas dan unifas, tungku, alat penetak serta pahat yang mewakili kebudayaan Hoabinhian dan Neolitik. Analisis yang dilakukan terhadap tembikar tanah pula menunjukkan bahawa kebarangkalian telah berlakunya hubungan antara masyarakat persisir dan pedalaman semasa kebudayaan Neolitik. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan dengan menggunakan pentarikhan secara relatif dapat dijelaskan bahawa bahawa Gua Kambing ini dijadikan tempat hunian sehingga masyarakat Orang Asli. Pentarikhan kronometrik terhadap cangkerang siput pula telah menunjukkan bahawa ianya digunakan sejak 13,240 +/- 40 BP yang mana mewakili kebudayaan Hoabinhian. Hasil daripada pelbagai jumpaan artifak dan ekofak tersebut menunjukkan bahawa kedudukan Gua Kambing ini dijadikan tempat hunian secara sementara dalam tempoh masa yang panjang oleh masyarakat Prasejarah sehingga masyarakat Orang Asli sebagai lokasi yang selamat untuk berteduh dan berlindung ketika musim hujan. Keberadaan sungai yang berdekatan membolehkan mereka mendapat sumber makanan dan minuman harian serta memudahkan mereka membuat jaringan perhubungan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | en_US |
dc.subject | Arkeologi | en_US |
dc.subject | Geologi | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation | en_US |
dc.subject | Dissertation, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Arkeologi prasejarah di Gua Kambing, Gunung Pulai, Baling, Kedah : Kronologi, budaya dan hubungan dengan persekitaran | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 320 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Persuratan | en_US |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ATMA P100381 MOHD FAUZAN BIN ZURAIDI.pdf Restricted Access | 173 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.