Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396277
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Samsudin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAhamad Jama' Amin Yang (P80345)-
dc.date.accessioned2023-07-10T08:35:53Z-
dc.date.available2023-07-10T08:35:53Z-
dc.date.issued2022-07-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396277-
dc.description.abstractKajian ini menilai gerakan politik aliran sosialis di Malaysia dari tahun 1945 hingga 1968 meliputi perkembangannya dan polemik aliran tersebut dengan ideologi komunisme. Tumpuan diberikan kepada gerakan politik terutamanya PUTERA-AMCJA, Malayan Forum, Kelab Sosialis Universiti Malaya dan parti-parti politik dalam gabungan Front Sosialis Rakyat Malaya. Kajian menggunakan metodologi kualitatif berpandukan kajian arkib dan kepustakaan. Berdasarkan pendekatan reconstructionist sejarah, analisis perbincangan dikembangkan menggunakan sumber primer dan sumber sekunder sebagai asas hujah terutamanya dokumen British dan tempatan seperti Colonial Office (CO), Foreign Commonwealth Office (FCO), Foreign Office (FO), Dominion Office (DO), War Office (WO), Australia Public Relation Bulletin dari National Archives of United Kingdom, National Archives of Australia, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Koleksi Khas Lim Kean Siew yang diperolehi di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia. Di samping itu, pengkaji turut menggunakan sumber akhbar dan transkrip lisan Gerald De Cruz, S. Rajaratnam, James Joseph Puthucheary, Dr. Lim Hock Siew, Ahmad Boestamam dan lain-lain yang diperolehi daripada National Archives of Singapore dan Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dari sudut falsafah, konsep dan pendekatan dalam gerakan politik aliran sosialis di Malaysia yang cenderung kepada aliran Sosialis bukan Marxisme dan Sosialis Marxisme. Polemik dalam gerakan sosialisme ini timbul kesan daripada dakwaan berterusan kerajaan kolonial British dan persekitaran persaingan politik tempatan yang mengaitkannya dengan gerakan subversif komunisme menyebabkan gerakan politik aliran sosialis dilihat dinaungi ideologi komunisme. Bagaimanapun, reaksi, usaha dan cabaran untuk membezakannya jelas dilakukan sejak dari penubuhan PUTERA-AMCJA sehingga perkembangannya dalam gerakan politik melalui Front Sosialis Rakyat Malaya. Implikasi daripada kajian ini telah membuka ruang wacana baharu gerakan politik aliran sosialis yang tidak dipengaruhi aliran subversif komunisme di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPolitical participation -- Malaysiaen_US
dc.subjectPolitical activists -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleGerakan politik aliran sosialis di Malaysia, 1945-1968 : perjuangan, polemik dan cabaranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages460en_US
dc.identifier.callnoJF799.A373 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007012en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Gerakan politik aliran sosialis di Malaysia, 1945-1968 : perjuangan, polemik dan cabaran.pdf
  Restricted Access
Full-text5.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.