Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396267
Title: | Pengujian ciri-ciri psikometrik bagi item pengukuran tonggak dua belas dalam kalangan guru |
Authors: | Norhashidah Md Ghani (P92493) |
Supervisor: | Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Ts. Dr. |
Keywords: | Educational tests and measurements Psychometrics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Nov-2022 |
Abstract: | Pengujian ciri-ciri psikometrik adalah penting untuk mengenal pasti penjawat awam guru yang lemah dari aspek nilai dan etika bagi tujuan pemerkasaan dan bimbingan oleh pihak berkepentingan. Pengenal pastian ini memerlukan alat ukur yang tepat, sah dan berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk menguji ciri-ciri psikometrik item pengukuran pada instrumen Tonggak Dua Belas dalam kalangan guru. Profil kajian Tonggak Dua Belas turut dihasilkan bagi melihat perbezaan gender dan jenis sekolah berdasarkan konstruk. Pendekatan kuantitatif dan rekabentuk tinjauan secara soal selidik bertulis telah digunakan. Instrumen asal dalam Tonggak Dua Belas mengandungi 270 item dan diukur berdasarkan 12 konstruk nilai dan etika perkhidmatan awam iaitu menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta. Seramai 484 orang guru dari lima buah sekolah rendah dan menengah di Selangor telah dipilih melalui teknik pensampelan rawak berstrata. Sebanyak 100 item didapati telah memenuhi andaian utama dalam Model Rasch iaitu kesesuaian item, unidimensionaliti, dan kebebasan setempat termasuk indeks kebolehpercayaan dan indeks pengasingan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0 dan WINSTEPS 3.71.0.1. Dapatan profil Tonggak Dua Belas secara keseluruhan menunjukkan tonggak keseronokan bekerja mencatat nilai min tertinggi manakala tonggak kemuliaan kesederhanaan mencatat nilai min terendah. Dapatan turut menunjukkan responden wanita mendominasi nilai min bagi kesemua tonggak berbanding lelaki kecuali dimensi menghargai masa. Profil berdasarkan jenis sekolah membuktikan dominasi responden di sekolah rendah bagi kesemua konstruk Tonggak Dua Belas berbanding sekolah menengah. Justeru, kajian ini menyumbang kepada maklumat empirikal terhadap kualiti item pengukuran Tonggak Dua Belas. Penambahbaikan boleh dibuat dalam kajian akan datang dalam konteks dan analisis statistik yang berbeza. Profil yang dihasilkan pula berupaya menunjukkan pola dan jurang yang boleh disantuni untuk kajian pengukuran item pada masa hadapan. |
Pages: | 232 |
Call Number: | LB3051.N637 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengujian ciri-ciri psikometrik bagi item pengukuran tonggak dua belas dalam kalangan guru.pdf Restricted Access | Full-text | 2.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.