Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396266
Title: Kesediaan guru pendidikan Islam melaksanakan model tasmik j-qaf dalam talian dan hubungannya dengan motivasi
Authors: Fenny Farhana Mohd. Sajari (P107272)
Supervisor: Hafizhah Zulkifli, Dr.
Keywords: Internet in education
Motivation in education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Nov-2022
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap kesediaan GPI melaksanakan Model Tasmik j-QAF secara dalam talian dan mengenal pasti hubungannya dengan motivasi. Terdapat empat objektif bagi kajian ini, pertama mengenal pasti tahap kesediaan GPI melaksanakan Model Tasmik j-QAF secara Dalam Talian. Kedua, mengenal pasti tahap motivasi GPI terhadap pelaksanaan Model Tasmik j-QAF secara dalam talian. Ketiga, mengenal pasti perbezaan kesediaan GPI melaksanakan Model Tasmik j-QAF secara Dalam Talian berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar. Keempat mengenal pasti hubungan di antara kesediaan GPI melaksanakan Model Tasmik j-QAF secara Dalam Talian dengan motivasi GPI. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan melibatkan seramai 293 orang GPI dari 15 buah sekolah rendah di daerah Hulu Langat, Selangor yang terpilih melalui kaedah pensampelan rawak sistematik. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22.0. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan dan tahap motivasi GPI berada pada tahap yang tinggi. Dapatan daripada analisis ujian-t tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala mendapati tidak terdapat perbezaan kesediaan GPI melaksanakan Model Tasmik j-QAF secara Dalam Talian mengikut faktor jantina, umur dan pengalaman mengajar. Manakala ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif di antara kesediaan GPI melaksanakan Model Tasmik j- QAF secara Dalam Talian dengan motivasi GPI. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Model Tasmik j-QAF secara Dalam Talian memerlukan GPI yang sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan kerana mampu memberi pengaruh terhadap peningkatan tahap motivasi seseorang GPI.
Pages: 234
Call Number: LB1044.87.F436 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesediaan guru pendidikan Islam melaksanakan model tasmik j-qaf dalam talian dan hubungannya dengan motivasi.pdf
  Restricted Access
Partial22.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.