Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396264
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Dr.-
dc.contributor.authorKhairulaizam Abdul Rahman (P107481)-
dc.date.accessioned2023-07-10T03:48:02Z-
dc.date.available2023-07-10T03:48:02Z-
dc.date.issued2022-12-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396264-
dc.description.abstractPersekitaran bahasa menjadi faktor pendorong kepada penguasaan bahasa terutamanya melibatkan penguasaan bahasa asing. Hasil dapatan kajian lepas menunjukkan tahap penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengenal pasti tahap persekitaran Bahasa Arab, tahap penguasaan kosa kata Arab, hubungan dan pengaruh antara keduanya dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kajian secara tinjauan menggunakan satu set instrumen soal selidik. Responden terlibat seramai 335 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif yang dijalankan melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferens pula melibatkan ujian Korelasi Pearson bagi melihat hubungan dan regresi linear berganda bagi melihat sumbangan pemboleh ubah peramal terhadap pemboleh ubah kriteria. Data seterusnya dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science Windows (SPSS) versi 27. Hasil dapatan data yang dianalisis menunjukkan tahap persekitaran Bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan juga menunjukkan tahap penguasaan kosa kata Arab pelajar berada tahap yang sederhana. Tahap penguasaan saiz kosa kata Arab pelajar adalah tinggi, manakala tahap penguasaan kedalaman kosa kata Arab pula adalah sederhana. Dapatan kajian bagi ujian analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana (r=0.547) antara persekitaran Bahasa Arab dan penguasaan kosa kata Arab pelajar. Hasil daripada analisis regresi linear berganda yang dijalankan menjelaskan bahawa dimensi persekitaran Bahasa Arab melalui kesepaduan pelajar, penglibatan pelajar dan sikap pelajar berorientasikan tugasan secara signifikan memberikan sumbangan terhadap penguasaan kosa kata Arab pelajar (F (6, 328)= 24.594, p<0.05). Sumbangan (R²= 0.310) iaitu peratusan sebanyak 31.0% varian terhadap penguasaan kosa kata Arab pelajar. Implikasi kajian ini membolehkan golongan pendidik dan pihak kementerian membentuk ruang persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran. Ia bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa terutamanya aspek penguasaan kosa kata Arab pelajar melalui interaksi aktif yang berlaku sesama mereka.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectArabic language -- Malaysiaen_US
dc.subjectArabic language -- Writingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePersekitaran bahasa dan penguasaan kosa kata Arab pelajar tingkatan empat di daerah negeri Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages201en_US
dc.identifier.callnoPJ6073.K4833 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007000en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Persekitaran bahasa dan penguasaan kosa kata Arab pelajar tingkatan empat di daerah negeri Selangor.pdf
  Restricted Access
Full-text1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.