Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396263
Title: Pengajaran dan pembelajaran dalam talian ke atas efikasi kendiri dan kepuasan bekerja guru pendidikan Islam
Authors: Nor Adrina Elani Hashim (P109365)
Supervisor: Hafizhah Zulkifli, Dr.
Keywords: Web-based instruction
Home schooling
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Nov-2022
Abstract: Landskap pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah berubah daripada bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (PdPDT) akibat daripada pandemik. Menerusi garis panduan pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menuntut guru-guru mempelbagaikan kaedah penyampaian yang bersesuaian dengan tahap murid. Hal ini menyebabkan GPI menghadapi bebanan kerja dan tekanan semasa PdPDT dilaksanakan sewaktu pandemik dan menyebabkan efikasi kendiri serta kepuasan bekerja GPI terjejas. Justeru, terdapat lima objektif dalam kajian ini iaitu; mengenal pasti tahap pelaksanaan PdPDT GPI sekolah rendah, mengenal pasti tahap efikasi kendiri GPI dalam PdPDT, mengenal pasti tahap kepuasan bekerja GPI dalam PdPDT, mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara PdPDT dengan jantina, umur, dan pengalaman mengajar serta mengenal pasti hubungan antara PdPDT ke atas efikasi kendiri dan kepuasan bekerja GPI. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjuan melibatkan 278 orang guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah di daerah Johor Bahru sebagai responden kajian. Penganalisaan data adalah berbentuk deskriptif dan inferensi. Data deskriptif dianalisis menggunakan nilai min dan sisihan piawai, manakala analisis inferensi pula menggunakan ujian T tidak bersandar, ANOVA satu hala dan Korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian deskriptif mendapati tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah tinggi, tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan bekerja GPI juga berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi iaitu ujian T tidak bersandar dan analisis ANOVA satu hala mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara PdPDT dengan jantina, umur serta pengalaman kerja. Manakala, Korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara PdPDT dalam talian ke atas efikasi kendiri dan kepuasan bekerja GPI. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi sumbangan utama kepada aspek personaliti GPI agar lebih positif, proaktif dan bersikap lebih percaya diri untuk mendepani PdPDT dalam jangka masa yang panjang supaya efikasi kendiri dan kepuasan bekerja dapat diperolehi.
Description: full text
Pages: 280
Call Number: LB1044.87.N637 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengajaran dan pembelajaran dalam talian ke atas efikasi kendiri dan kepuasan bekerja guru pendidikan Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.