Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395812
Title: Pengecualian prinsip hak milik tidak boleh disangkal terhadap harta sepencarian dan hibah
Authors: Rabi'ah Muhammad Serji (P90126)
Supervisor: Mazliza binti Mohamad, Dr
Keywords: Inheritance and succession (Islamic law)
Land titles -- Registration and transfer
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Aug-2022
Abstract: Prinsip undang-undang tanah yang diamalkan di Malaysia adalah berasaskan kepada sistem Torrens iaitu satu sistem pentadbiran tanah yang mementingkan pendaftaran sebagai cara pengiktirafan hak milik. Pendaftaran akan memberi kesan hak milik tidak boleh disangkal sebagaimana peruntukan seksyen 340 Kanun Tanah Negara (Semakan 2020) Akta 828. Walaupun terdapat pengecualian terhadap peruntukan ini, namun kes-kes di bawah bidang kuasa mahkamah syariah yang melibatkan hartanah seperti harta sepencarian dan hibah tidak disenaraikan secara nyata sebagai pengecualian. Dalam kes harta sepencarian dan hibah, pendaftaran tidak menjamin hak milik tidak boleh disangkal kerana penentuan hak milik adalah berdasarkan kepada hukum syarak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengecualian prinsip hak milik tidak boleh disangkal di Malaysia selain daripada seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara, menganalisis sama ada kes-kes yang melibatkan harta tak alih di mahkamah syariah seperti harta sepencarian dan hibah boleh dianggap sebagai pengecualian kepada prinsip hak milik tidak boleh disangkal dan mencadangkan penambahbaikan kepada pemakaian pengecualian prinsip hak milik tidak boleh disangkal dalam Kanun Tanah Negara khususnya terhadap harta sepencarian dan hibah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpul daripada statut, kes, dokumen perundangan, rujukan perundangan dan temubual. Kajian mendapati bahawa walaupun hak milik tidak boleh disangkal diperoleh melalui pendaftaran namun pengecualian undang-undang yang diperuntukkan menunjukkan hak milik tidak boleh disangkal bukanlah diberi secara mutlak. Masih terdapat ruang pengecualian lain yang boleh diberikan terhadap prinsip ini. Pengecualian yang disenaraikan oleh statut bukanlah pengecualian yang muktamad kerana terdapat sebilangan kes yang mana mahkamah mengetepikan prinsip hak milik tidak boleh disangkal dan memberi ruang kepada pemakaian ekuiti, undang-undang Islam dan adat. Mahkamah dalam memutuskan kes-kes hartanah melibatkan harta sepencarian dan hibah pula akan melihat kepada hukum syarak berbanding pendaftaran walaupun pemilik berdaftar membawa hujah pendaftaran memberi kesan hak milik tidak boleh disangkal. Kes-kes yang diputuskan menunjukkan bahawa dalam kes harta sepencarian dan hibah, hak pemilik berdaftar masih boleh disangkal. Oleh itu, kajian menyarankan penambahbaikan terhadap pelaksanaan perintah mahkamah syariah oleh Pentadbir Tanah dalam kes berkait dengan tanah dalam bidang kuasa mahkamah yang sah. Hal ini setelah mengambil kira kes-kes harta sepencarian dan hibah sebagai salah satu pengecualian terhadap prinsip hak milik tidak boleh disangkal dalam undang-undang tanah di Malaysia.
Notes: e-tesis
Pages: 379
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FUU P90126 RABI'AH MUHAMMAD SERJI.pdf
  Restricted Access
3.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.