Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395810
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuzian Markom, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Khairul Hafizie Dahalan (P82080)-
dc.date.accessioned2023-06-21T02:50:08Z-
dc.date.available2023-06-21T02:50:08Z-
dc.date.issued2022-08-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395810-
dc.description.abstractSektor perbankan Islam di Malaysia telah mengalami pelbagai evolusi dengan menambah baik ketelusan sistem operasi berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang digubal oleh badan induk autoriti kewangan iaitu Bank Negara Malaysia. Pengenalan tadbir urus syariah pada tahun 2010 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah membuka lembaran baharu kepada setiap institusi perbankan dalam memastikan penyediaan dan pengurusan operasi perbankan Islam yang lebih mapan. Hal ini turut meliputi penyeliaan berterusan terhadap risiko yang boleh terhasil daripada aktiviti perbankan seharian termasuklah risiko syariah. Pengurusan risiko syariah yang baik mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk perbankan Islam di samping mengelakkan sebarang tindakan undang-undang berikutan isu ketidakpatuhan. Walau bagaimanapun, tadbir urus risiko syariah dalam operasi perbankan Islam boleh menjadi kurang berkesan dan tidak progresif seperti yang diingini oleh Akta daripada aspek pemahaman asas pematuhan syariah yang rendah, tafsiran peraturan-peraturan syariah yang kurang tepat, isu pertindihan bidang kuasa kawalan dalaman, kebergantungan terhadap Jawatankuasa Syariah serta kekurangan tenaga pakar yang boleh menjadikan fungsi tadbir urus syariah yang lebih efisien. Kesemua faktor ini turut berkait rapat antara satu sama lain dan menjadi permasalahan utama dalam kajian ini. Objektif kajian ini mengenal pasti ciri-ciri asas pengurusan risiko syariah dalam operasi perbankan Islam, mengkaji isu-isu semasa berkait tadbir urus dan peranan institusi kewangan dan badan autoriti serta membuat perbandingan bagi memahami kekangan yang dikenal pasti di peringkat institusi. Kajian ini memanfaatkan kaedah perundangan tulen menggunakan pendekatan perbandingan dan analisis dokumen. Data kajian diperoleh daripada buku rujukan, Akta, peraturan dan garis panduan tertentu oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu, temu bual secara tidak berstruktur telah diadakan dengan pihak berkepentingan. Hasil kajian menunjukkan terdapat permasalahan tadbir urus risiko syariah semasa di setiap institusi perbankan Islam. Akhirnya, kajian ini mencadangkan penambahbaikan agar terdapat garis panduan penyelarasan risiko syariah terhadap setiap institusi perbankan agar cita-cita memperkasa perbankan Islam boleh dicapai lantas meningkat kesedaran yang pengguna perbankan untuk terus menyokong pertumbuhan kewangan Islam yang progresif.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undangen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBanking law (Islamic law)en_US
dc.subjectBanking law (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectBanks and banking -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengurusan risiko syariah dalam operasi perbankan Islam: satu kajian perundanganen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages91en_US
dc.format.degreeSarjana Undang-Undangen_US
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengurusan risiko syariah dalam operasi perbankan Islam: satu kajian perundangan
  Restricted Access
Fulltext1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.