Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392605
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Zalina Harun, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAnizah Mohd Salleh-
dc.date.accessioned2023-06-07T20:12:43Z-
dc.date.available2023-06-07T20:12:43Z-
dc.date.issued2023-06-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392605-
dc.description.abstractPertanian bandar merupakan aktiviti penghasilan sumber makanan tidak formal bagi kegunaan persendirian, perniagaan, dan perkongsian dalam kalangan komuniti. Justeru, pelaksanaan pertanian bandar untuk golongan berpendapatan rendah dikesan dalam strategi peningkatan modal sosial dan kualiti hidup isi rumah oleh pelbagai agensi yang bertindak sebagai badan membangunkan komuniti setempat. Namun begitu, kajian berkenaan pertanian bandar setakat ini lebih tertumpu kepada kesedaran dan penglibatan komuniti. Sebaliknya, kesinambungan pelaksanaan dari sudut ketahanan komuniti dalam melaksanakan pertanian bandar masih kurang diketengahkan di Malaysia. Maka, kajian ini bermatlamat untuk meneroka daya tahan dan kesinambungan pelaksanaan pertanian bandar oleh golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor yang merupakan negeri dengan populasi dan kadar urbanisasi paling tinggi. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu untuk (i) memahami keupayaan pertanian bandar di perumahan berstrata kos rendah dari aspek daya tahan, (ii) meneliti faktor penghalang dalam pelaksanaan pertanian bandar yang mempengaruhi daya tahan komuniti di perumahan berstrata kos rendah, dan (iii) menilai peranan komuniti dalam pelaksanaan pertanian bandar yang berdaya tahan di perumahan berstrata kos rendah. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif melibatkan tiga kaedah pengumpulan data: temu bual, pemerhatian, dan audiovisual. Seramai 25 informan yang terdiri daripada peserta pertanian bandar, pemimpin perumahan dan pegawai pembangunan pertanian bandar telah dipilih sebagai sampel temu bual. Tiga kawasan perumahan dipilih sebagai kawasan kajian bagi tujuan pemerhatian. Manakala tiga audiovisual siaran langsung seminar berasaskan web digunakan sebagai data sokongan. Data dianalisis menggunakan perisian NVivo R1 melalui kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti terdapat tiga faktor penghalang kesinambungan pelaksanaan pertanian bandar iaitu keberadaan ruang hijau yang terhad, kesediaan penerimaan komuniti terhadap pertanian dan keterbatasan akses kepada sumber. Penglibatan, komunikasi, kepemimpinan, kerjasama sosial dan kolaborasi dikesan sebagai penyumbang kepada pelancongan pendidikan pertanian, usahawan pertanian bandar dan penghasilan tenaga pengajar mahir dalam menentukan kesinambungan pelaksanaan pertanian bandar. Kajian ini dapat membantu pelbagai pihak yang berkepentingan khususnya Jabatan Pertanian dan Lembaga Perumahan dan Hartanah bagi setiap negeri seperti yang digariskan dalam Dasar Kebun Komuniti Bandar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM. Bangien_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectPertanian Bandaren_US
dc.subjectPembangunan Komuniti setempaten_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesinambungan pelaksanaan pertanian bandar melalui daya tahan komuniti di perumahan berstrata kos rendah negeri Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages263en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P94532 ANIZAH BINTI MOHD SALLEH.pdf
  Restricted Access
158.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.