Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392591
Title: | Cecair gel sebagai bentuk dos oral yang mudah ditelan |
Authors: | Zul Hadif Abd Aziz (P103519) |
Supervisor: | Haliza Katas, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Deglutition Disorders Pneumonia, Aspiration Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic--Malaysia |
Issue Date: | 10-May-2023 |
Abstract: | Disfagia dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan boleh mendorong kepada implikasi serius, yang seterusnya membawa kepada morbiditi dan kematian yang ketara. Pengaspiratan pneumonia ialah satu implikasi serius disfagia yang paling biasa dilaporkan dengan kelaziman kira-kira 5% sehingga 15% dan kadar kematian boleh mencecah sehingga 70%. Meningkatkan kelikatan bolus ubat seperti cecair gel boleh diamalkan dalam memastikan pemberian ubat yang selamat di kalangan pesakit yang menghidapi disfagia. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan dan menilai sifat cecair gel sebagai bentuk dos yang selamat, mudah digunakan dan keberkesanan kos. Cecair gel telah dirumus menggunakan gam gellan dan diteliti untuk sifat fizikokimia dan profil pelepasan ubat secara in vitro. Kemudian, keutamaan, persepsi dan kebolehterimaan terhadap cecair gel telah dinilai dengan menjalankan tinjauan keratan rentas di kalangan orang dewasa awam di Malaysia antara April dan Disember 2021 dan melalui kajian klinikal rawak dan dwibuta di kalangan 30 peserta yang sihat. Selain itu, kos penggunaan cecair gel telah dianggarkan dan dibandingkan dengan kos yang terlibat untuk menjalankan amalan konvensional, penyediaan ekstemporan cecair pekat. Cecair gel menunjukkan sifat fizikokimia yang baik dengan mengikuti model pelepasan ubat Higuchi. Cecair gel dengan 0.5% w/v gam gellan mempamerkan profil pelepasan yang serupa dengan rujukan, suspensi parasetamol komersil. Tambahan, cecair gel parasetamol menunjukkan kestabilan fizikal, kimia dan mikrobiologi yang memadai pada suhu penyimpanan 8 °C dan 25 °C dengan jangka hayat 0.626 tahun. Seterusnya, kajian keratan-rentas yang disertai oleh 673 responden menunjukkan bahawa pengguna menerima cecair gel secara positif sebagai dos farmaseutikal (64.4%), mudah ditelan (50.8%), selamat untuk dimakan (45.3%), dan sesuai sebagai formulasi farmaseutikal baru (43.8%). Cecair gel dengan kepekatan sederhana didapati mampu menutup kepahitan ubat dan mudah ditelan berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada kajian klinikal. Cecair gel dianggarkan keberkesanan kos dengan kos penggunaan yang lebih rendah pada dos yang serupa daripada menggunakan cecair pekat ekstemporan. Secara keseluruhannya, cecair gel boleh dijadikan strategi yang baik untuk penyampaian ubat dengan selamat dan berkesan yang sesuai digunakan bagi pesakit yang mengalami disfagia |
Pages: | 154 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Cecair gel sebagai bentuk dos oral yang mudah ditelan Restricted Access | Full-text | 2.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.