Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392589
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Asmah Hamid, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Rasyiqin Rasli (P105535) | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-02T07:04:04Z | - |
dc.date.available | 2023-06-02T07:04:04Z | - |
dc.date.issued | 2022-11-07 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392589 | - |
dc.description.abstract | Leukemia limfoblastik akut (ALL) merupakan sejenis malignansi yang disebabkan oleh mutasi genetik yang banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Rawatan klinikal menggunakan rawatan terapi kanser didapati boleh menyebabkan kesan sampingan dan kerintangan terhadap tubuh pesakit. Oleh itu, adalah penting untuk mencari dan menghasilkan suatu rawatan alternatif yang lebih efektif kepada pesakit. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan sitotoksik dan genotoksik sebatian terbitan organostanum(IV) ditiokarbamat iaitu trifenilstanum(IV) diisopropil ditiokarbamat (Sebatian 1), trifenilstanum(IV) dialil ditiokarbamat (Sebatian 2) dan trifenilstanum(IV) dietil ditiokarbamat (Sebatian 3) terhadap sel selanjar ALL, Jurkat E6.1 dan Reh serta sel selanjar bukan kanser, WIL2-NS. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua sebatian kajian menyebabkan kesan sitotoksik terhadap sel Jurkat E6.1, Reh dan WIL2-NS pada kepekatan yang rendah (IC50< 1 µM) dengan mengaruh kematian sel melalui proses apoptosis. Sebatian 1 dan 2 didapati menghentikan kitaran sel pada fasa G0/G1 dan S bagi sel Jurkat E6.1 dan WIL2-NS masing-masing. Walaubagaimanapun, rawatan Sebatian 2 tidak menyebabkan penghentian kitaran sel Reh pada mana-mana fasa. Penilaian indeks selektiviti (SI) menunjukkan bahawa kesemua sebatian kajian adalah tidak selektif terhadap sel Jurkat E6.1 dan selektif terhadap sel Reh dengan Sebatian 2 menghasilkan nilai selektiviti yang paling tinggi (SI= 4.19). Oleh itu, Sebatian 2 dipilih untuk dikaji mekanisma tindakan lanjutan terhadap sel Reh. Bagi kajian mod kematian sel, Sebatian 2 didapati mengaruh kematian sel Reh melalui tapak jalan intrinsik apoptosis dengan menyebabkan penurunan potensi membran mitokondria dan pengaktifan caspase-9. Dicadangkan bahawa, Sebatian 2 juga menyebabkan genotoksisiti dengan menyasarkan kerosakan DNA sel Reh. Kesimpulannya, sebatian trifenilstanum(IV) ditiokarbamat menunjukkan tahap ketoksikan yang tinggi terhadap sel selanjar kajian dengan menyebabkan apoptosis melalui tapak jalan intrinsik mitokondria terhadap sel Reh. Walaubagaimanapun, rawatan sebatian trifenilstanum(IV) ditiokarbamat menyebabkan kesan yang lebih teruk terhadap sel WIL2-NS dengan menghasilkan populasi sel yang mati melalui apoptosis lebih tinggi berbanding sel Jurkat E6.1 dan Reh. Dicadangkan bahawa sebatian yang digunakan dalam kajian ini perlu pengubahsuaian struktur sebelum dikembangkan sebagai rawatan terapi alternatif bagi penyakit ALL. Pengubahsuaian ini perlu dilakukan untuk menghasilkan sebatian yang bertindak secara lebih spesifik terhadap sel kanser dan tidak menyasar kepada sel bukan kanser | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Hematologic Neoplasms | en_US |
dc.subject | Leukemia | en_US |
dc.subject | Lymphoma | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic--Malaysia | en_US |
dc.title | Kesan sitotoksik dan genotoksik sebatian trifenilstanum(iv) ditiokarbamat terhadap sel selanjar leukemia limfoblastik akut kanakkanak, jurkat E6.1 dan reh | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 167 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan sitotoksik dan genotoksik sebatian trifenilstanum(iv) ditiokarbamat terhadap sel selanjar leukemia limfoblastik akut kanakkanak, jurkat E6.1 dan reh Restricted Access | Full-text | 3.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.