Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392588
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsyaari Muhamad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorYasmin Amirah Muhammad Edrus-
dc.date.accessioned2023-06-02T03:37:57Z-
dc.date.available2023-06-02T03:37:57Z-
dc.date.issued2023-05-31-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392588-
dc.description.abstractPengajian ijazah serta kursus arkeologi maritim sehingga ke hari ini di peringkat pengajian tinggi di Malaysia belum mampu untuk digerakkan di peringkat pengajian tinggi antaranya kerana kekurangan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Meskipun bidang ini telah disedari akan kelahirannya semenjak awal 1980-an yang lalu, namun inisiatif tersebut hanya mampu untuk digerakkan melalui agensi kerajaan di peringkat muzium sahaja. Antara isu atau permasalahan lain yang menjadi kekangan bidang ini merupakan tiadanya pusat kajian berfokus yang dikendalikan golongan akademik dan juga kewujudan golongan pelapis untuk masa hadapan bidang ini. Persoalan yang melingkari kajian ini merupakan (a) sejauh manakah perkembangan bidang ini di peringkat Malaysia, (b) bagaimanakah analisis perkembangan bidang arkeologi maritim di Malaysia dan (c) bagaimanakah konsep pembangunan kapasiti boleh diaplikasikan dalam bidang Arkeologi Maritim di Malaysia? Kajian ini dijalankan bagi menilai potensi arkeologi maritim di Malaysia terutamanya peranan pusat pengajian tinggi bertaraf penyelidikan. Kajian tesis ini menggunakan corak metodologi kualitatif sepenuhnya dan dipecahkan kepada dua (2) kaedah iaitu temubual kualitatif (in-depth interview) dan juga kajian kepustakaan. Pemilihan 3 informan dalam kajian ini adalah berdasarkan pengalaman dan penglibatan mereka dalam bidang ini di peringkat nasional dan antarabangsa. Berdasarkan kajian tesis ini, hipotesis awal bahawa penubuhan pusat kajian berfokus dapat mengembangkan potensi penyelidikan bidang ini dan menyelesaikan tiga (3) isu utama melingkari bidang ini dapat diterima dan produk tersebut (penyelidik, pelajar) dapat merancakkan taraf penyelidikan dalam negara. Berbekalkan kepada konsep kelahiran kearifan tempatan, bidang ini mampu untuk diteroka dengan lebih mendalam dan lebih jauh. Penyelidikan tesis ini diharapkan akan dapat diteruskan oleh penyelidik seterusnya dan pengembangan potensi bidang arkeologi maritim Malaysia dapat diteruskan dan diperkasakan. Penyelidikan tesis ini selari dengan dasar KPT dan UKM selaku universiti watan di tanah air dan harapan agar UKM mampu untuk memberi ruang dan kemudahan bagi penubuhan pusat kajian ini di salah satu lokasi dalam universiti.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectArkeologi Maritimen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePotensi Arkeologi Maritim di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages158en_US
dc.format.degreeSarjana Persuratanen_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P106532 YASMIN AMIRAH BINTI MUHAMMAD EDRUS.pdf
  Restricted Access
97.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.