Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390589
Title: Pengesanan Leptospira spp. Dan Penilaian Risiko Persekitaran Di Kawasan Rekreasi Air Semenanjung Malaysia
Authors: Aznida Mohamad Zaki, Dr.
Supervisor: Rozita Hod, Prof Madya Dr.
Zaleha Md. Isa, Prof Dr.
Hani Kartini Agustar, Dr.
Norlen Mohamed, Dr.
Siti Khairani Bejo, Dr.
Keywords: Leptospira
Leptospirosis
Zoonoses -- prevention & control
Public Health
Issue Date: 2021
Abstract: Leptospirosis adalah penyakit zoonotik yang masih menjadi beban masyarakat. Kejadian leptospirosis yang mendapat jangkitan serius menurut Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) adalah 1 dalam 10 dengan kadar kematian diantara 5% hingga 15%. Di Malaysia, penyakit ini sering dikaitkan dengan aktiviti yang ada hubungan dengan air seperti di mengunjungi kawasan rekreasi air. Namun, kajian tentang Leptospira patogenik di kawasan rekreasi air belum pernah dilakukan. Kajian ini dilakukan bagi mengesan spesies leptospira dan menentukan taburan Leptospira patogenik di kawasan rekreasi air. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi menentukan faktor-faktor persekitaran seperti sifat fizikal air, tanah serta pengurusan persekitaran yang mempengaruhi kehadiran Leptospira patogenik. Ini merupakan kajian keratan rentas. Persampelan air dan tanah dilakukan pada Disember 2018 - April 2019 di kawasan rekreasi air Semenanjung Malaysia yang dipilih secara rawak. Pemeriksaan Tindakbalas Rantai Polimerase (PCR) dilakukan bagi menentukan kehadiran Leptospira patogenik. Faktor persekitaran dan pengurusan persekitaran telah dianalisa untuk melihat hubungan dengan kehadiran Leptospira patogenik. Kajian ini merangkumi 33 kawasan rekreasi, 200 sampel air dan 206 sampel tanah. Hasil kajian ini mendapati 7.9% daripada sampel persekitaran mengandungi Leptospira patogenik. Tiga spesies Leptospira patogenik yang ditemui adalah L. kmetyii, L. barantonii dan L. putramalaysiae. L.kmetyii merupakan leptospira patogenik yang paling banyak ditemui (75%). Risiko untuk kehadiran leptospira patogenik dalam air meningkat sebanyak 6.2 kali ganda dengan meningkatnya pH. Semakin tinggi suhu air, kemungkinan tersebut berkurang sebanyak 67%. Bagi tanah pula, semakin meningkat suhu, kemungkinan untuk kehadiran Leptospira patogenik adalah berkurang sebanyak 32%. Kawasan rekreasi dengan pengurusan sampah yang tidak baik, berisiko sebanyak 10.3 (2.0;52.6) kali ganda untuk kehadiran Leptospira patogenik. Justeru itu, adalah dicadangkan untuk memastikan pengurusan sampah dilakukan dengan baik di kawasan rekreasi bagi mengurangkan risiko kehadiran Leptospira patogenik sekaligus menurunkan risiko kejadian leptospirosis kepada pengunjung kawasan ini.
Pages: 50
Publisher: Fakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
DR. AZNIDA BINTI MOHAMAD ZAKI_FULL.pdf
  Restricted Access
986.63 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.