Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390584
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Lizza Mohamed Said, Dr.-
dc.contributor.authorNur Liyana Izzati Mohd. Saufi (P98328)-
dc.date.accessioned2023-05-02T00:54:07Z-
dc.date.available2023-05-02T00:54:07Z-
dc.date.issued2022-12-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390584-
dc.description.abstractAmanah adalah salah satu instrumen perancangan dan pengurusan harta orang Islam. Bukan sahaja diiktiraf oleh perundangan Islam bahkan amanah juga diiktiraf oleh undang-undang sivil. Namun, amanah dibincangkan di dalam muamalat Islam dengan makna yang luas, malah terdapat pelbagai bentuk akad pengamanahan yang mendatangkan kesan hukum yang berbeza. Di Malaysia, elemen pengamanahan turut digabungkan dengan instrumen hibah iaitu salah satu instrumen perancangan harta sehingga menjadi sebuah produk baharu yang dikomersialkan. Terdapat beberapa syarikat perancangan dan pengurusan harta Islam yang menawarkan produk hibah yang terdapat padanya elemen amanah antaranya ialah syarikat as-Salihin Trustee Berhad dan Wasiyyah Shoppe Berhad. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep pengamanahan menurut hukum syarak dan menganalisis perlaksanaanya dalam produk hibah di as-Salihin Trustee Berhad dan Wasiyyah Shoppe Berhad. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji isu yang timbul di dalam perlaksanaan produk hibah amanah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Data diperolehi melalui analisis dokumen primer dan sekunder serta melalui kaedah temu bual separa berstruktur bagi mencapai objektif kajian. Dapatan kajian mendapati, terdapat beberapa akad amanah yang boleh diaplikasikan dalam pengamanahan harta orang Islam. Pengkaji juga mendapati, pengamanahan di dalam produk hibah yang ditawarkan oleh industri adalah melalui produk hibah amanah. Antara isu yang dibangkitkan ialah dualisasi mahkamah yang menguruskan produk pengamanahan di dalam hibah. Sebarang tuntutan yang melibatkan hibah akan dibawa ke Mahkamah Syariah dan sebarang tuntutan yang melibatkan amanah akan dibawa ke Mahkamah Sivil. Hasil kajian ini memberikan impak kepada industri perancangan dan pengurusan harta orang Islam yang menawarkan produk amanah yang diintegrasikan di dalam hibah dalam menambah baik produk yang ditawarkan kerana sehingga kini masih tiada undang-undang bertulis yang khusus berkaitan hibah untuk dijadikan sebagai garis panduan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTrusts and trustees (Islamic law)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePelaksanaan prinsip pengamanahan dalam produk hibah di As-Salihin Trustee Berhad dan Wasiyyah Shoppe Berhaden_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages157en_US
dc.identifier.callnoBP158.T78N838 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode6998en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan prinsip pengamanahan dalam produk hibah di As-Salihin Trustee Berhad dan Wasiyyah Shoppe Berhad.pdf
  Restricted Access
Partial1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.