Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390583
Title: Wacana keadilan sosial dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia
Authors: Siti Noor Atikah Mohd Shamsuddin (P91442)
Supervisor: Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
Keywords: Social justice -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Nov-2022
Abstract: Persoalan keadilan sosial sering kali menjadi topik perbincangan yang hangat dari dahulu sehingga kini. Isu keadilan sosial dibincangkan dalam pelbagai cara dan pelbagai aspek. Malah pelbagai tafsiran tentang konsep keadilan sosial membuktikan bahawa wacana keadilan sosial di Malaysia sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh itu, wacana keadilan sosial adalah satu isu yang perlu dikaji kerana kepelbagaian dalam mentafsir konsep keadilan sosial serta untuk mengelakkan kekeliruan terhadap wacana keadilan sosial. Konsep keadilan sosial adalah antara isu utama yang menarik perhatian para sarjana. Objektif kajian ini adalah mengkaji konsep keadilan sosial dalam masyarakat majmuk dan menganalisis isu wacana keadilan sosial dalam masyarakat majmuk. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang melibatkan analisis kandungan. Analisis kandungan dilakukan dengan mengenal pasti isu keadilan sosial yang terdapat dalam masyarakat majmuk. Metode ini memerlukan kepada pengumpulan, penafsiran dan rumusan kepada isu keadilan sosial. Data-data yang diperolehi daripada sumber tersebut kemudian dianalisis melaui pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati isu-isu keadilan sosial yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia disebabkan beberapa isu antaranya ialah dari aspek ekonomi, politik, hubungan antara kaum dan isu bahasa. Justeru, penyelesaian terhadap sesuatu isu yang melibatkan masyarakat majmuk tidak boleh dilakukan tanpa penelitian yang jelas terhadap latar belakang dan faktor yang mempengaruhi isu-isu tersebut. Ini adalah bertujuan menghasilkan jalan penyelesaian yang sesuai dengan konteks serta realiti semasa masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Pages: 88
Call Number: BP173.43.S568 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Wacana keadilan sosial dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.