Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390581
Title: Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran kepada kanak-kanak sindrom down di Yayasan Faqeh
Authors: Ezzat Farqhan Zeffrin Esme (P103812)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Down syndrome -- Religious aspects -- Islam
Down syndrome -- Education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Dec-2022
Abstract: Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) al-Quran kurang diberikan perhatian kepada kanak-kanak OKU bagi kategori bermasalah pembelajaran terutamanya Sindrom Down. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi seperti kekurangan tenaga pengajar bagi aliran pendidikan khas serta penggunaan bahan bantu mengajar (bbm) yang terhad menyebabkan pdp al-Quran bagi sindrom down kurang diberikan fokus oleh pihak lain. Objektif kajian bertujuan untuk mengkaji kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diaplikasikan kepada kanak-kanak sindrom down di Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH). Tambahan pula, kajian ini bertujuan mengkaji bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dan pelajar sindrom down. Kajian ini turut mengkaji kecekapan pengurusan kelas al-Quran. Reka bentuk kajian dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual. Data-data kajian diurus dan dianalisis menggunakan perisian NVIVO 10 bagi mendapatkan tema-tema setiap persoalan kajian yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga kaedah pengajaran iaitu talaqqi musyafahah, tasmiᶜ, tikrar dan lima kaedah pembelajaran al-Quran yang digunakan oleh guru al-Quran iaitu membaca, menghafal, mendengar, kaedah visual dan penggunaan multimedia/teknologi di Yayasan FAQEH. Bahan bantu mengajar yang digunakan dalam kajian ini adalah al-Quran, pen digital al-Quran, borang Tikrar, pecahan kalimah/ayat berwarna, botol spray, kad imbasan wuduk & solat, laptop dan speaker. Pengurusan kelas al-Quran dijalankan mengikut Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dengan berpandukan aktivti pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang disusun oleh guru al-Quran. Implikasi kajian menunjukkan kanak-kanak sindrom down perlu diterapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran serta bahan bantu mengajar yang sesuai terutamanya kaedah membaca dan mendengar. Kesimpulannya, kajian ini berjaya mengenal pasti kaedah-kaedah yang digunakan pengajaran dan pembelajaran al-Quran untuk kanak-kanak sindrom down ini.
Pages: 135
Call Number: BP130.8.E993 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran kepada kanak-kanak sindrom down di Yayasan Faqeh.pdf
  Restricted Access
Full-text2.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.