Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390580
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rosmawati Mohd Rasit, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nuramaliya Mohamad Rosman (P98338) | - |
dc.date.accessioned | 2023-05-02T00:49:01Z | - |
dc.date.available | 2023-05-02T00:49:01Z | - |
dc.date.issued | 2022-12-28 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390580 | - |
dc.description.abstract | Kegagalan menapis dan verifikasi maklumat yang diterima di media sosial boleh meningkatkan ancaman penularan berita palsu secara berleluasa yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesejahteraan masyarakat, agama dan negara. Antara punca penyebaran berita palsu mudah tersebar adalah kerana wujudnya sesetengah masyarakat yang masih lagi tidak matang sepenuhnya dalam menilai sesuatu kesahihan berita. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan netizen belia muslim mengenai kewujudan berita palsu dan menganalisis pandangan netizen belia muslim mengenai kesahihan sumber berita. Kajian ini turut dijalankan untuk menganalisis tindakan netizen belia muslim dalam proses tabayyun maklumat. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif deskriptif dengan menggunakan perbincangan kumpulan fokus sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 14 orang peserta kajian yang terdiri dari kalangan netizen belia muslim yang berumur antara 18 hingga 30 tahun telah dibahagikan kepada dua kumpulan homogenous. Kumpulan pertama terdiri dalam kalangan peserta kajian yang mempunyai latar pendidikan di institut pengajian tinggi dan kumpulan kedua, netizen yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan jenis persampelan bertujuan dan data dianalisis secara perbandingan konstan. Hasil kajian mendapati terdapat dalam kalangan peserta kajian yang mempunyai kesedaran terhadap kewujudan berita palsu serta implikasinya. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan pandangan mengenai al-tabayyun maklumat di media sosial. Kumpulan netizen pertama lebih menunjukkan sikap berhati-hati dan mempunyai tindakan tabayyun yang jelas berbanding kumpulan netizen kedua sewaktu menerima dan mencari maklumat di media sosial. Namun sebahagian daripada peserta kajian kumpulan kedua mempunyai sikap tergesa-gesa serta tindakan tabayyun yang rendah sewaktu menerima, mencari, menyelidik dan menyebarkan maklumat di media sosial. Kajian ini membantu membuka jalan kepada pengkaji lain untuk membuat kajian yang lebih mendalam mengenai tabayyun maklumat. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa netizen perlu meningkatkan amalan tabayyun sewaktu mencari dan menerima maklumat serta lebih berhati-hati dengan berita yang disebarkan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Social media -- Religious aspects -- Islam | en_US |
dc.subject | Information behavior | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pandangan netizen belia muslim mengenai tabayyun maklumat di media sosial | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 190 | en_US |
dc.identifier.callno | BP185.7.N837 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 6994 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
16 - NURAMALIYA BINTI MOHAMAD ROSMAN.pdf Restricted Access | Full-text | 4.62 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.