Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390579
Title: Panduan mengelak penipuan pembelian dalam talian
Authors: Amirah Madihah Adnan (P103389)
Supervisor: Zamzuri Zakaria, Dr.
Keywords: Fraud -- Malaysia
Swindlers and swindling -- Malaysia
Consumer protection (Islamic law) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Jan-2023
Abstract: Mutakhir ini, aduan yang diterima oleh pihak berkuasa tentang kes penipuan pembelian dalam talian semakin meningkat. Pengguna dilaporkan berhadapan dengan pelbagai modus operandi dan taktik penipuan ketika melakukan pembelian dalam talian. Keadaan ini didapati berkait dengan ketidakjelasan terhadap pendefinisian dan elemen penipuan pembelian dalam talian. Begitu juga dengan kepelbagaian taktik penipuan yang berpotensi untuk mengelirukan pengguna. Malah, panduan sedia ada juga tidak lagi memadai untuk memberi panduan yang lengkap. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti definisi dan elemen penipuan pembelian dalam talian, menganalisis taktik penipuan yang sering berlaku dalam pembelian dalam talian dan mencadangkan panduan mengelak penipuan pembelian dalam talian berdasarkan taktik penipuan yang pelbagai. Pendekatan bersifat kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Proses pengumpulan data adalah melalui kaedah analisis kandungan dan temu bual separa struktur dengan enam entiti kepenggunaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Dapatan kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Kajian ini mencadangkan definisi penipuan pembelian dalam talian yang lebih menyeluruh melibatkan enam elemen iaitu niat untuk menipu, cubaan sama ada berjaya atau tidak, menutup, menyembunyikan, mereka-reka atau memanipulasi maklumat, menerusi pelantar pembelian dalam talian, mempengaruhi pengguna dan peniaga mengetahu ketidaksahihan maklumat tersebut. Sejumlah 35 taktik penipuan pembelian dalam talian yang sering berlaku telah dikenalpasti dan disusun berdasarkan 5 kategori utama penipuan iaitu penyembunyian, kekaburan, pemalsuan, pengabaian dan dominasi. Hasil kajian mencadangkan panduan mengelak penipuan pembelian dalam talian yang dibina berdasarkan kepelbagaian taktik penipuan yang dikenalpasti. Kajian ini dapat menambahbaik panduan sedia ada yang dikeluarkan oleh entiti kepenggunaan khususnya KPDNHEP di samping memberi input kepada para pemegang taruh iaitu FOMCA, PDRM, SKMM, MCCA dan PPIM dalam mengawal angka kes penipuan pembelian dalam talian yang semakin berleluasa. Selain itu, kajian ini berupaya untuk memberi kefahaman yang lebih tepat kepada masyarakat tentang penipuan pembelian dalam talian. Kajian turut mencadangkan agar kesedaran terhadap taktik penipuan pembelian dalam talian dapat diketengahkan oleh entiti kepenggunaan.
Pages: 174
Call Number: HV6691.A465 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Panduan mengelak penipuan pembelian dalam talian.pdf
  Restricted Access
Partial850.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.