Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390578
Title: Strategi penterjemahan isti'arah dalam kumpulan cerpen Bint Al-Sultan
Authors: Nabilah Halim (P91751)
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.
Keywords: Arabic language -- Rhetoric
Arabic language -- Figures of speech
Arabic language -- Metonyms
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Nov-2022
Abstract: Gaya bahasa istiᶜārah dirujuk sebagai metafora dalam retorik bahasa Melayu kerana kedua-duanya membandingkan dua hal tanpa menggunakan kata-kata perbandingan seperti, bagai, umpama dan sebagainya. Meskipun begitu, pemerhatian awal mendapati gaya bahasa istiᶜārah turut dipadankan dengan gaya bahasa metafora implisit, personifikasi, depersonifikasi, sinestesia dan hiperbola. Pemadanan ini secara tidak langsung menyokong pandangan al-Jurjāni berkenaan istiᶜārah seperti yang terdapat dalam kitab Asrār al-Balāghah fi ᶜIlm al-Bayān. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi membincangkan penterjemahan istiᶜārah daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Kajian bertujuan mengklasifikasikan jenis-jenis istiᶜārah yang terdapat dalam Bint al-Sulṭān, menganalisis padanan istiᶜārah dalam retorik bahasa Melayu serta menentukan strategi penterjemahan istiᶜārah yang digunakan dalam Cinta di Lembah Nil. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan teks Arab Bint al-Sulṭān dan teks terjemahan Melayu Cinta di Lembah Nil. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap 10 buah cerpen yang dikaji. Sebanyak 30 sampel kajian telah dikumpul dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada 30 sampel kajian, 24 sampel dikategorikan sebagai istiᶜārah makniyyah, manakala bakinya sebagai istiᶜārah taṣriḥiyyah. Istiᶜārah taṣriḥiyyah sesuai dipadankan dengan gaya bahasa metafora implisit, manakala istiᶜārah makniyyah sesuai dipadankan dengan gaya bahasa metafora implisit, personifikasi dan depersonifikasi. Dari segi strategi penterjemahan pula, penterjemah dikesan cenderung menggunakan strategi mendatangkan padanan yang sama pada lafaz dan makna. Kesimpulannya, tidak ada istilah khusus bagi istiᶜārah dalam retorik bahasa Melayu dan istilah terhampir ialah metafora. Padanan ini didapati ada kewajarannya memandangkan gaya bahasa personifikasi dan depersonifikasi juga merupakan sebahagian daripada gaya bahasa metafora. Kajian ini diharap dapat membantu memudahkan para pelajar memahami gaya bahasa Arab melalui kaca mata gaya bahasa Melayu, di samping dapat membantu dan memberi panduan kepada penterjemah amatur dalam melakukan kerja-kerja menterjemah teks sastera.
Pages: 140
Call Number: PJ6161.N333 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Strategi penterjemahan isti'arah dalam kumpulan cerpen Bint Al-Sultan.pdf
  Restricted Access
Full-text1.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.