Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390575
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAshraf Ismail, Dr.-
dc.contributor.authorMohammad Syahrol Azmil Mohamad Sani (P101643)-
dc.date.accessioned2023-05-02T00:40:26Z-
dc.date.available2023-05-02T00:40:26Z-
dc.date.issued2022-09-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390575-
dc.description.abstractInstitusi pengajian pondok merupakan institusi pendidikan Islam yang bersifat tradisional yang berperanan dalam membentuk akhlak dalam kalangan pelajar. Institusi pondok di Malaysia semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat awam khususnya ibu bapa yang berminat untuk memberikan anak-anak mereka pentarbiahan dari sudut rohani dan jasmani ke arah yang lebih baik. Namun begitu, Pondok Baitul Qurro' memainkan peranannya dalam usaha memberi pentarbiahan sahsiah kepada para pelajar untuk membentuk akhlak mulia dalam diri seseorang itu tatkala menempuhi cabaran zaman globalisasi pada masa kini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latar belakang perkembangan Pondok Baitul Qurro' sebagai institusi yang berperanan dalam pentarbiahan akhlak yang relevan pada masa kini. Kajian yang dilakukan ini juga bertujuan untuk melihat metode dan amalan-amalan yang dilakukan oleh para pelajar Pondok Baitul Qurro' sebagai individu yang mempunyai akhlak yang mulia. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes, dengan memperolehi data melalui kaedah analisis dokumen dan juga kaedah pemerhatian. Data yang diperolehi daripada kaedah tersebut seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa sistem metode dan juga amalan yang digunakan di Pondok Baitul Qurro' mampu membentuk akhlak yang mulia. Pondok Baitul Qurro' masih lagi mengekalkan elemen-elemen kepondokan tradisional yang mendorong kepada peranan dalam pembentukan akhlak pelajar iaitu talaqqi, tafaqquh, itqan, munazarah, dan metode sufiah, Pembelajaran kitab-kitab turath, dan juga konsep asas pembelajaran pondok. Di samping itu, amalan yang dapat membantu para pelajar Pondok Baitul Qurro' dalam proses pengisian jiwa adalah seperti amalan solat berjemaah, latihan praktikal imam, zikir dan wirid, penghayatan al-Quran, dan amalan khidmat. Tambahan lagi, Pondok Baitul Qurro' juga telah berfungsi sebagai pusat pengajian Islam, pusat kegiatan keagamaan masyarakat dan sosial, pusat pentarbiah insan, rohani serta ibadah, dan usaha dakwah mudir. Maka kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa institusi pengajian pondok mampu membentuk akhlak pelajar serta masih relevan kepada seluruh lapisan masyarakat setanding dengan institusi pendidikan formal pada masa kini.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMadrasahs -- Malaysiaen_US
dc.subjectReligious institutions -- Malaysiaen_US
dc.subjectIslam -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectIslamic ethicsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePeranan pondok Baitul Qurro' Melaka dalam pembentukan akhlak pelajaren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages212en_US
dc.identifier.callnoLC904.M834 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode6989en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan pondok Baitul Qurro' Melaka dalam pembentukan akhlak pelajar.pdf
  Restricted Access
Full-text5.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.