Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390574
Title: Pembangunan elemen pendakwah orang asli di Kelantan
Authors: Nor Izzatul Husna Burhan (P103460)
Supervisor: Zulkefli Aini, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam)
Islamic preaching
Islam -- Missions -- Malaysia -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Sep-2022
Abstract: Pendakwah merupakan aktor utama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada golongan sasaran seperti masyarakat orang asli. Dakwah kepada masyarakat orang asli mempunyai cabaran dan permasalahan tertentu seperti kekurangan pendakwah yang kompeten dan berkebolehan dalam menyantuni komuniti tersebut seperti memiliki daya tahan untuk tinggal bersama dalam persekitaran sasaran dakwah serta kecukupan bilangan pendakwah yang terlibat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen pembangunan pendakwah orang asli, menganalisis kesepakatan pakar terhadap elemen pembangunan tersebut dan membina kerangka model pembangunan pendakwah orang asli di Kelantan. Metodologi kajian ini adalah menggunakan reka bentuk Fuzzy Delphi dengan melaksanakan pensampelan bertujuan kepada 14 orang pakar dakwah masyarakat orang asli. Data dianalisis menggunakan triangular fuzzy number dan kedudukan elemen ditentukan menggunakan proses ‘defuzzication’. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh elemen penting yang perlu dibina dalam pembangunan pendakwah orang asli iaitu pembangunan daripada aspek kerohanian, jasmani, intelek, emosi, sosial, ekonomi serta kemahiran insaniah. Setiap aspek elemen tersebut mengandungi komponen-komponen tertentu yang melengkapkan kerangka model pembangunan pendakwah orang asli di Kelantan. Daripada ketujuh-tujuh aspek tersebut, elemen pembangunan emosi telah menepati ranking pertama persetujuan pakar, manakala elemen pembangunan kerohanian telah menepati ranking terakhir persetujuan pakar. Implikasi kajian ini adalah dapat membina satu rangka keperluan bagi pembangunan pendakwah orang asli secara sepadu dan holistik sebagai rujukan pihak-pihak berkepentingan sama ada badan kerajaan atau bukan kerajaan.
Pages: 196
Call Number: BP170.85.N685 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
10 - Nor Izzatul Husna Burhan .pdf
  Restricted Access
Partial2.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.