Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390573
Title: | Manhaj 'atifi terhadap gelandangan di Kuala Lumpur |
Authors: | Nik Abdul Aziz Ismail (P92943) |
Supervisor: | Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) Homeless persons -- Services for -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Sep-2022 |
Abstract: | Manhaj cāṭifī terhadap gelandangan dalam berdakwah telah lama dilaksanakan tanpa disedari. Golongan Gelandangan adalah mereka yang menempuh kehidupan dalam masyarakat dengan serba kekurangan dari sudut keperluan asasi terutamanya seperti tempat tinggal, makanan dan pekerjaan. Statistik golongan gelandangan yang dikeluarkan oleh JKM menunjukkan semakin meningkat setiap tahun. Di samping itu, amalan religiositi mereka dalam beragama yang merangkumi akidah, ibadah dan akhlak berada pada tahap yang rendah dan memerlukan kepada dakwah. Justeru, pendedahan kepada pendekatan cāṭifī dalam mengerakkan dakwah terhadap gelandangan masih sedikit. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti manhaj cāṭifī dalam berdakwah dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti dakwah terhadap gelandangan serta menganalisis manhaj cāṭifī terhadap gelandangan dalam berdakwah. Kajian ini adalah kajian lapangan yang menggunakan reka bentuk kualitatif. Temubual secara separa berstruktur dijalankan terhadap 5 orang penggerak yang terdiri daripada pegawai Anjung Singgah Kuala Lumpur, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Anjung Kelana Kuala Lumpur. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif melalui kaedah tematik. Hasil kajian menunjukkan, manhaj cāṭifī adalah pendekatan yang lembut dan memfokuskan emosi seseorang. Kajian juga turut menjelaskan pendekatan yang dipraktikkan adalah seperti bersahabat, nasihat dan motivasi, pujian dan teguran, ganjaran dan peringatan, pertolongan dan perlindungan, penceritaan, panggilan yang sesuai dan pemberian bantuan. Pelaksanaan pendekatan tersebut melalui aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan berbentuk program-program seperti ceramah, solat berjemaah, bacaan Yāsīn, berselawat, kelas mengaji, sukaneka, kraf tangan, refleksologi dan sukarelawan. Kesemua aktiviti tersebut terdiri daripada empat aspek utama iaitu bimbingan rohani, bimbingan jasmani, bimbingan kemahiran dan khidmat masyarakat. Implikasi kajian ini menunjukkan pendekatan dakwah yang dilakukan tersebut perlu diteruskan dan sangat membantu gelandangan dalam membina semangat untuk berdikari agar menjadi lebih baik. |
Pages: | 167 |
Call Number: | BP170.85.N533 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390573 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Manhaj 'atifi terhadap gelandangan di Kuala Lumpur.pdf Restricted Access | Partial | 1.25 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.