Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390571
Title: Kontrak aplikasi e-dompet di Malaysia menurut perspektif Islam
Authors: Amir Abrar Abd. Latif (P101646)
Supervisor: Shofian Ahmad, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Digital currency
Electronic funds transfers (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Sep-2022
Abstract: Aplikasi e-dompet merupakan teknologi dalam talian yang membolehkan pengguna bertransaksi wang elektronik. Namun dalam mengejari permodenan teknologi seperti sistem aplikasi e-dompet, aspek-aspek berkaitan dengan kontrak Islam tidak boleh dipandang rendah. Masalah dan isu yang timbul merupakan ketidakpastian terhadap kontrak-kontrak Islam yang diguna pakai di antara pihak yang terlibat seperti pengguna, penyelia aplikasi e-dompet, dan juga Institusi Kewangan Malaysia. Justeru, implikasi daripada masalah ini membawa kepada kesamaran hukum dalam beberapa situasi yang terdapat dalam sistem pelaksanaan aplikasi e-dompet. Objektif kajian ini adalah mengkaji operasi aplikasi e-dompet serta menganalisa dan menentukan kontrak menurut Islam yang diguna pakai dalam aplikasi e-dompet. Rentetan daripada itu, kajian ini menjalankan kajian kes terhadap 5 aplikasi e-dompet iaitu Shopee, Touch ‘n Go eWallet, Lazada, Boost, dan Grab dengan menggunakan kaedah pemerhatian turut serta dan menjalankan 5 temu bual semi struktur terhadap ahli akademik yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian ini mendapati kontrak menurut Islam yang menghubungkan di antara penyelia aplikasi e-dompet dengan Institusi Kewangan Malaysia yang merangkumi aspek pengurusan dana adalah bergantung atas operasi akaun yang digunakan oleh penyelia aplikasi e-dompet. Ia boleh menjadi kontrak wakālah bil ‘istithmār, mushārakah, muḍārabah, atau lain-lain lagi. Walau bagaimanapun kontrak qarḍ atau wadīᶜah tidak boleh diguna pakai pada hubungan ini. Hal demikian kerana Institusi Kewangan Malaysia dibenarkan untuk menggunakan dana yang dideposit oleh penyelia aplikasi e-dompet. Malah penyelia aplikasi e-dompet juga boleh menerima manfaat daripada pekara tersebut. Manakala kontrak menurut Islam yang menghubungkan di antara pengguna dengan penyelia aplikasi e-dompet dalam aspek mendepositkan dana ke dalam akaun merupakan kontrak qarḍ dan terdapat juga kontrak wakālah, bergantung kepada jenis akaun yang diguna pakai. Selain itu, dari aspek transaksi pengguna menggunakan dana daripada akaun pula, adalah kontrak berbentuk wakālah. Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa isu syariah yang timbul daripada kontrak e-dompet menurut Islam yang diguna pakai, di antaranya adalah pemberian manfaat kepada pengguna dalam operasi mendepositkan dana ke dalam akaun dan terdapat juga isu pada transaksi pembelian baucar yang ditawarkan dalam aplikasi e-dompet. Pada akhir analisis, kajian ini menghasilkan satu garis panduan operasi aplikasi e-dompet yang mematuhi muamalat Islam supaya dapat dijadikan rujukan kepada pihak berkaitan, pengkaji dan penyelia aplikasi e-dompet khususnya di Malaysia.
Pages: 108
Call Number: HG1710.A465 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kontrak aplikasi e-dompet di Malaysia menurut perspektif Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.