Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390567
Title: Perspektif mualaf Cina terhadap hukum interaksi dengan keluarga bukan Islam di Selangor
Authors: Umi Amirah Harun (P90099)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Muslim converts
Islam -- Relations
Chinese -- Malaysia -- Selangor -- Religion
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Dec-2021
Abstract: Pemelukan Islam dalam kalangan mualaf termasuk mualaf Cina sering mempengaruhi bentuk-bentuk hubungan kekeluargaan disebabkan konflik yang melibatkan interaksi dalam kehidupan seharian dengan keluarga bukan Islam. Pertembungan dalam interaksi kekeluargaan adalah hampir mustahil untuk dielakkan setelah memeluk Islam dan ini merupakan cabaran utama yang berlaku dalam menjalinkan hubungan interaksi kekeluargaan di samping menggalas tanggungjawab setelah bergelar Muslim. Matlamat kajian mengkaji hubungan interaksi kekeluargaan mualaf Cina dengan keluarga yang bukan Islam. Objektif kajian mengkaji hubungan interaksi kekeluargaan mualaf dengan keluarga bukan Islam menurut syarak di samping melihat kepada kepelbagaian amalan interaksi hubungan kekeluargaan serta menganalisis cabaran dan usaha penambahbaikan terhadap hubungan interaksi kekeluargaan antara mualaf Cina dengan keluarga bukan Islam. Metodologi kajian berbentuk kualitatif melalui kaedah analisis kandungan dan temu bual separa struktur. Temu bual separa struktur dilakukan terhadap 5 orang responden bagi mendapatkan data sokongan serta pandangan dan 20 orang responden dalam kalangan populasi mualaf Cina di MACMA Selangor yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Data-data dianalisisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati hubungan interaksi kekeluargaan Mualaf Cina dan keluarga bukan Islam tidak akan terputus selagimana masih ada tanggungjawab dalam menjalinkan hubungan interaksi yang dibenarkan dalam Islam. Selain itu, amalan interaksi kekeluargaan bersama keluarga bukan Islam masih boleh diteruskan dari aspek amalan tanggungjawab menziarahi, memberi nafkah dan menghadiri upacara pengebumian jenazah. Kajian ini juga memaparkan bahawa interaksi kekeluargaan yang berlaku merupakan cabaran berinteraksi yang melibatkan amalan budaya dan agama oleh kerana sikap stereotaip masyarakat Cina terhadap agama Islam. Implikasi kajian ini penting dalam menyelesaikan masalah interaksi kekeluargaan yang berlaku kepada mualaf Cina dalam menangani konflik interaksi kekeluargaan melalui cara yang ditonjolkan dalam Islam dengan melakukan teori dan praktikal selaras dengan ajaran Islam agar selari dengan budaya dan agama serta memupuk pendekatan interaksi kekeluargaan dengan saling sayang menyayangi, menghargai dan bertoleransi antara kepelbagaian agama.
Pages: 181
Call Number: BP170.5.U463 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perspektif mualaf Cina terhadap hukum interaksi dengan keluarga bukan Islam di Selangor.pdf
  Restricted Access
Partial1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.