Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390566
Title: | Sumbangan Ustaz Azizan Abdul Razak dalam proses Islamisasi pentadbiran di Kedah |
Authors: | Ahmad Safuwan Abd Rahman (P91541) |
Supervisor: | Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Ai Pao, Dr. |
Keywords: | Islam and state -- Malaysia -- Kedah Management -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Sep-2022 |
Abstract: | Tan Sri Azizan Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azizan merupakan seorang tokoh dakwah politik negara yang berprinsip serta sangat dikenali dalam aspek kepimpinan dan pentadbiran. Kajian mengenai sumbangan Ustaz Azizan Abd Razak dalam proses Islamisasi pentadbiran sangat penting untuk dijadikan panduan kepada umat Islam terutamanya dalam kalangan pemerintah atau pemimpin. Persoalan tentang dakwah politik perlu dibahaskan bagi memantapkan kefahaman bahawa dakwah adalah satu keperluan dalam politik. Persoalan lain yang harus dikaji ialah Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tokoh yang berintegriti, berwibawa dan turut menyumbang dalam pentadbiran yang berlandaskan syariat Islam serta memberi impak positif dalam kalangan rakyat. Kajian ini lebih kepada bentuk kualitatif iaitu menggunakan fakta, ulasan, persepsi dan ciri-ciri yang boleh menjelaskan sesuatu keadaan atau fenomena. Secara dasarnya, penyelidikan ini adalah gabungan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data dan fakta primer serta sekunder digunakan bagi memahami sumbangan dakwah politik Ustaz Azizan Abdul Razak melalui kaedah temu bual, dokumentasi, artikel, buku ilmiah, kajian sarjana dan juga laman web. Kepimpinan dan ketokohan Ustaz Azizan Abdul Razak yang luar biasa menjadikan beliau seorang yang telah berjaya merubah landskap pemikiran politik melalui proses Islamisasi khususnya dalam pentadbiran di Negeri Kedah. |
Pages: | 105 |
Call Number: | BP173.6.A375 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390566 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Sumbangan Ustaz Azizan Abdul Razak dalam proses Islamisasi pentadbiran di Kedah.pdf Restricted Access | Partial | 2.88 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.