Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390565
Title: | Syura dari perspektif Ahmad Al-Raysuni |
Authors: | Muhamad Najuddin Razak (P89975) |
Supervisor: | Muhamad Razak Idris, Dr. |
Keywords: | Constitutional law (Islamic law) Legislative bodies -- Islamic countries Islam and state Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Sep-2022 |
Abstract: | Syura adalah sistem perundingan dalam Islam. Ia telah dianjurkan oleh al-Quran dan telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam urusan kehidupan Muslim terutama dalam bidang pentadbiran negara. Ahmad al-Raysuni adalah antara tokoh sarjana Muslim yang banyak mengemukakan pemikiran syura dalam pelbagai karyanya. Kajian ini akan membincangkan pemikiran Ahmad al-Raysuni terhadap konsep dan pelaksanaan syura di era moden. Objektif utama kajian adalah menganalisis pemikiran al-Raysuni tentang syura, isu-isu serta cabaran perlaksanaan pada masa kini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif menggunakan metod analisis dokumen terhadap karya-karya utama Ahmad al-Raysuni seperti Al-Shurā fī Ma ͨrakat al-Binā’(2014), Hukm al-‘Aghlabīyah fī al-Islām (2013), Maqālāt fī al- Ḥurīyah (2014), Al-Fikr al-Islamī (2014) dan Al-‘Ummah hīya al-Aṣal(2014). Hasil kajian mendapati pelaksanaan syura mesti mengikut kesesuaian sesebuah tempat dan keadaan di samping mengaplikasikan maqasid syura dalam setiap peringkat kehidupan. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan syura dalam amalan semasa, garis panduan yang dikemukakan oleh sarjana Islam klasik dan moden mesti digabungjalinkan untuk menghasilkan impak yang positif dalam pelaksanaan syura pada masa kini. Implikasi kajian dapat memurnikan kefahaman syura dalam masyarakat dan menghargai sumbangan Ahmad al-Raysuni dalam bidang pemikiran Islam. Gagasan dan sumbangan idea Ahmad al-Raysuni wajar dijadikan rujukan dalam memahami amalan politik Islam pada zaman moden terutama berkaitan dengan pelaksanaan syura. |
Pages: | 130 |
Call Number: | BP158.C593M868 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Syura dari perspektif Ahmad Al-Raysuni.pdf Restricted Access | Partial | 20.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.