Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390187
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Syamsa Rizal Abdullah, Dr. | - |
dc.contributor.advisor | Aishah Hani Azil, Dr. | - |
dc.contributor.author | Ahmad Azri Mohamad | - |
dc.date.accessioned | 2023-04-06T06:35:50Z | - |
dc.date.available | 2023-04-06T06:35:50Z | - |
dc.date.issued | 2016 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390187 | - |
dc.description.abstract | Penyakit denggi merupakan masalah kesihatan awam yang penting di Malaysia dan bilangan kes yang dilaporkan semakin meningkat setiap tahun. Surveilans vektor adalah salah satu komponen yang penting dalam program kawalan vektor. Di Malaysia, surveilans vektor dijalankan melalui kaedah pengamatan larva secara rutin dengan mengira Indeks Rumah, Indeks Bekas dan Indeks Breteau. Namun, kaedah pengamatan larva ini mempunyai beberapa kelemahan. Oleh itu, ovitrap boleh digunakan sebagai teknik alternatif dalam pemantauan vektor denggi di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan pelbagai ovitrap iaitu Standard Ovitrap, Mosquito Larvae Trapping Device (MLTD), Double Sticky Ovitrap dan NPK Fertiliser Trap dalam memantau kelimpahan nyamuk Aedes dan hubungannya dengan faktor cuaca. Setiap ovitrap diletakkan di empat lokasi pusat persampelan berbeza di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Setiap seminggu, ovitrap digilirkan ke setiap lokasi dan eksperimen diulang sebanyak tiga kali. Data meteorologi pula diperolehi daripada stesen kaji cuaca yang terletak di Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya. Peringkat larva dan nyamuk dewasa dikumpul dan seterusnya dibawa ke makmal untuk proses pengenalpastian. Kesemua empat ovitrap berupaya mengumpul peringkat larva nyamuk Aedes (Indeks Ovitrap bagi setiap teknik adalah >95%). Purata larva per ovitrap bagi Double Sticky Ovitrap adalah tertinggi dan berbeza secara signifikan (p < 0.05) jika dibandingkan dengan Standard Ovitrap dan MLTD. Double Sticky Ovitrap dan NPK Fertiliser Trap juga berupaya untuk mengumpul nyamuk dewasa. Indeks Ovitrap dan purata nyamuk dewasa per ovitrap bagi NPK Fertiliser Trap didapati lebih tinggi dan berbeza secara signifikan (p < 0.05) berbanding Double Sticky Ovitrap. Eksperimen yang sama diulang untuk membandingkan NPK Fertiliser Trap yang mengandungi larutan segar dan stok. Setiap ovitrap ini diletakkan di dua lokasi pusat persampelan berbeza dan eksperimen ini dijalankan selama dua minggu. Hasil kajian mendapati kedua-dua larutan ini tidak berbeza secara signifikan (p > 0.05) dan ini memberi petunjuk bahawa larutan stok boleh digunakan untuk tujuan pengkomersialan. Ujian korelasi bagi data meteorologi semasa mendapati bahawa purata larva yang dikumpul oleh MLTD mempunyai hubungan positif dengan taburan hujan (rs = 0.594, p < 0.05), manakala purata larva yang dikumpul oleh NPK Fertiliser Trap mempunyai hubungan negatif dengan suhu persekitaran (rs = -0.642, p < 0.05) dan hubungan positif dengan kelembapan relatif (rs = 0.692, p < 0.05). Tambahan lagi, suhu persekitaran pada minggu-minggu sebelumnya (lag 2-minggu, lag 3-minggu dan lag 1-bulan) turut mempunyai perkaitan yang signifikan dengan jumlah larva dalam NPK Fertiliser Trap. Di makmal, kit ujian antigen NS1 denggi digunakan untuk menentukan kehadiran virus denggi dalam nyamuk Aedes dan keputusannya adalah negatif untuk semua sampel. Kajian ini juga mendapati peringkat larva Chironomus spp. dan nyamuk dewasa Culex quinquefasciatus sebagai organisma bukan sasaran yang dikumpul oleh ovitrap yang diletakkan di lokasi kajian. Dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa Double Sticky Ovitrap merupakan ovitrap yang terbaik untuk memantau peringkat larva nyamuk Aedes manakala NPK Fertiliser Trap pula merupakan ovitrap yang paling efektif untuk memerangkap nyamuk dewasa Aedes di kawasan kajian. Data mengenai ovitrap yang diperoleh menerusi kajian ini dapat membantu pihak berkuasa dalam pemilihan ovitrap yang terbaik bagi meningkatkan keberkesanan surveilans dan kawalan vektor denggi | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Fakulti Perubatan, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Dengue--epidemiology | en_US |
dc.subject | Academic Dissertations as Topic | en_US |
dc.title | Keberkesanan Pelbagai Teknik Ovitrap Dalam Pemantauan Nyamuk Aedes | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 165 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Parasitologi) | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
AHMAD AZRI BIN MOHAMAD Done.pdf Restricted Access | 1.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.