Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390018
Title: Kos Perubatan Secara Langsung Bagi Penyakit Strok dan Keberkesanan Kos Ubat Pencair Darah Terbaru Dalam Rawatan Strok Berkaitan Fibrilasi Atrium di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Siti Norain Azahar
Supervisor: Norliana Masbah, Dr.
Saperi Sulong, Prof Dr.
Wan Asyraf Wan Zaidi, Dr.
Keywords: Health Care Cost
Stroke -- therapy
Anticoagulants -- therapeutic use
Anticoagulants -- economics
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2020
Abstract: Strok melibatkan beban kos perubatan dan ekonomi yang besar ke atas sistem penjagaan kesihatan di Malaysia. Pencegahan strok dikalangan pesakit adalah penting dan ubat pencair darah yang terbaru (NOACs) adalah merupakan alternatif yang dianggap lebih baik daripada warfarin untuk rawatan pencegahan strok dalam kalangan pesakit fibrilasi atrium. Walau bagaimanapun, data sedia ada berkenaan penggunaan NOACs dan keberkesanan kos ubat yang terbaru ini dalam kalangan pesakit strok di Malaysia adalah terhad. Maka, kajian ini dijalankan untuk menentukan kos perubatan secara langsung bagi strok, juga untuk menentukan keberkesanan kos NOACs berbanding warfarin di kalangan pesakit di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Seramai 3689 pesakit strok di PPUKM dengan kod I61, I63, dan I64 di bawah sistem pengekodan Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD)-10 daripada tahun 2011 hingga 2018 dimasukkan ke dalam populasi kajian. Penentuan kos secara “top-down” dilakukan untuk menentukan kos perubatan secara langsung untuk penyakit strok berdasarkan data yang diperoleh daripada unit “Case-Mix” dan Jabatan Kewangan. Analisa nisbah keberkesanan kos (CER) dan nisbah keberkesanan kos tambahan (ICER) dikira bagi perbandingan keberkesanan kos antara NOACs dan warfarin. Kos perubatan yang terlibat secara langsung untuk merawat pesakit strok di PPUKM daripada tahun 2011 hingga 2018 ialah RM 11,669,414.83 dengan median kos setiap pesakit sebanyak RM 2,269.79, atau 5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita negara. Median tempoh tinggal di hospital untuk pesakit strok adalah 5.0 hari. Analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan (p<0.05) berdasarkan jenis strok ke atas kos rawatan, dengan strok berkaitan fibrilasi atrium mempunyai kos rawatan sebanyak RM 274.57 lebih tinggi berbanding strok yang bukan berkaitan fibrilasi atrium. Faktorfaktor lain yang mempengaruhi kos adalah sub-jenis strok, tahap keparahan strok (berdasarkan skor mRS), dan status pelepasan pesakit daripada hospital. NOACs didapati efektif dari sudut kos dalam rawatan strok berkaitan fibrilasi atrium di PPUKM, namun penemuan ini tidak mewakili keseluruhan populasi pesakit strok di Malaysia. Kajian yang komprehensif berkenaan keberkesanan kos NOACs di Malaysia perlu diperbanyakkan pada masa akan datang untuk memastikan pengurusan pesakit strok adalah lebih baik dan seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan.
Pages: 111
Publisher: Fakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SITI NORAIN BINTI AZAHAR-LATEST.pdf
  Restricted Access
716.62 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.