Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389996
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAniza Ismail, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.advisorAsnarulkhadi Abu Samah, Prof Dr.-
dc.contributor.advisorKhalib Abdul Latip, Dr.-
dc.contributor.authorChoy Hew Hei-
dc.date.accessioned2023-03-08T07:40:33Z-
dc.date.available2023-03-08T07:40:33Z-
dc.date.issued2021-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389996-
dc.description.abstractKebimbangan terhadap fenomena penurunan kepercayaan pesakit terhadap pegawai perubatan (KPTP) semakin merunsingkan kini. Kajian-kajian di luar negara serta pengakuan dari pegawai-pegawai perubatan (PP) sendiri mencerminkan tahap KPTP kini kian menurun. “Kepercayaan” ialah teras terpenting dalam hubungan pesakit-PP dan membawa kesan terapeutik dan bukan terapeutik. Objektif utama kajian ini ialah menentukan status KPTP terkini, memahami status komunikasi interperibadi PP (KOIPP), trend penggunaan dan pendedahan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) pesakit, faktor-faktor sosiodemografi pesakit dan PP, serta perkaitan antara faktor-faktor ini dengan KPTP. Kajian keratan rentas telah dijalankan dan sejumlah 645 pesakit dalaman dari dua buah hospital di sekitar Lembah Klang telah disampelkan. Dua instrumen kaji selidik berpandu iaitu borang kaji selidik dan protokol temu ramah mendalam telah digunakan. Status KPTP ialah 55.3%, manakala KOIPP pula ialah 53.6%. Peratusan pesakit yang praktis PT&K sebelum kemasukan ke hospital, untuk merawat penyakit yang dialami kini, dan mendedahkan praktis PT&K kepada doktor petugas masing-masing ialah 51.0%, 44.3%, dan 23.4%. Analisis Chi Square mendemonstrasikan perhubungan yang signifikan antara KPTP dengan 26 daripada keseluruhan 30 faktor kajian. Model regresi KPTP tinggi meramalkan enam faktor utama yang berinteraksi dengan KPTP: kemahiran KOIPP, jantina dan jenis wad pesakit, berat badan dan pakaian PP semasa konsultasi, serta bantuan PP di luar keperluan perubatan pesakit. Analisis kualitatif mendedahkan tiga faktor utama KPTP yang lain iaitu faktor institusi, faktor sosial, dan faktor keberkesanan perawatan. Lapan kaedah untuk mempertingkatkan KPTP berjaya diperoleh antaranya bukti pencapaian PP dan pengalaman lepas, kesediaan maklumat, maklumat yang mencukupi serta terperinci, kejelasan komunikasi dan lain-lain. Kajian ini mengesahkan status KPTP dan kemahiran KOIPP di Lembah Klang berada di tahap sederhana dan wajar dipertingkatkan. KPTP dipengaruhi oleh kemahiran KOIPP tetapi bukan faktor-faktor PT&K, jantina PP dan etnik pesakit. KPTP, KOIPP, PT&K dan pakaian doktor petugas ialah hasil kajian utama yang perlu ditegas serta diimplementasikan ke dalam dasar penjagaan kesihatan kerana telah dikenalpasti mampu mempengaruhi hubungan pegawai perubatan dan pesakit.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPhysician-Patient Relationsen_US
dc.subjectTrusten_US
dc.subjectPhysician's Roleen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titlePenilaian Tahap Kepercayaan Pesakit Terhadap Pegawai Perubatan dan Faktor-Faktor Penyumbang dari Perspektif Pesakit di Lembah Klangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages311en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
CHOY HEW HEI-LATEST.pdf
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.