Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389989
Title: Pilihan bahasa masyarakat sempadan di Telok Melano, Malaysia dan Temajuk, Indonesia.
Authors: Dilah Tuah
Supervisor: Choong Shin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sosiolinguistik
Sosiobudaya
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Komuniti Bahasa
Masyarakat Sempadan
Issue Date: 6-Mar-2023
Abstract: Di Borneo, kajian sosiolinguistik lebih memfokuskan penelitian terhadap satu-satu bahasa atau komuniti bahasa di sesebuah tempat terutamanya di bandar. Penelitian terhadap komuniti luar bandar, khusus komuniti sempadan masih belum diberi perhatian. Misalnya di Telok Melano (Sarawak, Malaysia) dan Temajuk (Kalimantan Barat, Indonesia), kajian sedia ada lebih condong ke arah penelitian antropologi dan sosiobudaya. Kajian linguistik yang meninjau interaksi antara dua komuniti berjiranan masih belum diberi perhatian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu menghuraikan bentuk sosial masyarakat sempadan, mengkaji integrasi bahasa masyarakat sempadan, dan menganalisis pola pilihan bahasa masyarakat sempadan mengikut domain dalam interaksi keluarga dan sosial masyarakat sempadan di Telok Melano dan Temajuk. Kajian ini mengaplikasikan teori analisis domain Fishman untuk meneliti pilihan bahasa. Dalam kajian ini terdapat dua kaedah yang diterapkan iaitu kajian pustaka (untuk memperoleh data sekunder) dan kajian lapangan (temu bual, partisipasi-observasi dan rakaman tak sedar) di Telok Melano dan Temajuk. Hasil kajian ini mendapati bahawa fenomena integrasi dan pilihan bahasa sememangnya terjadi dalam interaksi harian masyarakat sempadan di Telok Melano dan Temajuk. Masyarakat di kawasan kajian, baik di Telok Melano mahupun Temajuk asalnya menuturkan variasi Melayu Sambas, namun faktor persempadanan dan perubahan sosial masyarakat mencetuskan berbagai fenomena sosiolinguistik yang menarik. Dari sudut akomodasi pertuturan yang menyumbang kepada integrasi bahasa, generasi pertama Telok Melano (Malaysia) didapati cenderung melakukan strategi konvergensi iaitu dari dialek Melayu Telok Melano kepada dialek Melayu Desa Temajuk (variasi Sambas). Generasi berikutnya di kawasan ini didapati mula beralih dan berintegrasi dengan dialek Melayu Sarawak variasi Kuching. Di Temajuk (Indonesia), dialek Melayu Desa Temajuk menjadi bahasa mutlak dalam semua domain termasuk semasa berinteraksi dengan penutur dari Telok Melano. Dari sudut pilihan bahasa, dialek Melayu Telok Melano yang mirip dialek Melayu Sarawak variasi Kuching menjadi bahasa matriks dalam semua domain di Telok Melano. Dapatan ini secara langsung menunjukkan wujudnya fenomena peralihan bahasa di Telok Melano iaitu dari dialek Melayu Sambas ke dialek Melayu Sarawak. Manakala di Temajuk, pilihan bahasa lebih memihak kepada dialek Melayu Desa Temajuk dan tiada peralihan bahasa yang rencam seperti di Telok Melano. Kajian ini telah menegaskan bahawa walaupun persebaran dialek tidak dikekang oleh faktor politik, namun persempadanan antarabangsa tetap menyumbang kepada pembentukan kelainan variasi, baik dari sudut sosiolinguistik sinkronik mahupun diakronik. Sesungguhnya, kajian ini telah berjaya menyediakan asas penyelidikan bagi kajian lanjutan pada masa hadapan khususnya yang berkaitan dengan isu bahasa dan identiti masyarakat sempadan lain di Borneo.
Pages: 246
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P100377 DILAH BIN TUAH.pdf
  Restricted Access
146.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.