Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389965
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJunaini Kasdan, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nurul Jannah Fital-
dc.date.accessioned2023-03-01T22:16:09Z-
dc.date.available2023-03-01T22:16:09Z-
dc.date.issued2021-12-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389965-
dc.description.abstractRevolusi Industri 4.0 yang lebih menekankan bidang Sains dan Teknologi serta keperluan menguasai bidang tersebut dalam bahasa Inggeris dilihat memberi kesan terhadap pembentukan jati diri bahasa Melayu. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z, generasi yang lahir dan membesar dalam era ini. Dalam hal ini, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu yang merupakan komponen jati diri turut diselidiki, khususnya dari kaca mata sosiokognitif. Data diperoleh daripada 660 maklum balas responden yang diterima daripada soal selidik menggunakan borang Google. Responden terdiri daripada Gen Z di seluruh Malaysia yang menerima undangan berdasarkan kriteria yang ditetapkan, meliputi kelompok bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Instrumen kajian yang dibangunkan khusus untuk kajian ini mempunyai tahap keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α = .75 hingga α = .91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian ini memanfaatkan Teori Sosiokognitif dan pendekatan sosiokognitif bagi menghuraikan pertalian antara unsur sosiokognitif dengan tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z. Secara umumnya kajian ini menyimpulkan bahawa 50.0% Gen Z berada pada tahap mula luntur dan luntur jati diri bahasanya. Kajian turut mencatatkan bahawa 62.1% Gen Z mempunyai sikap negatif terhadap bahasa Melayu, 73.0% mempunyai persepsi negatif terhadap bahasa Melayu dan 40.0% mempunyai tahap pengamalan bahasa Melayu yang rendah.Walau bagaimanapun, kajian mendapati 83.4% Gen Z mempunyai tahap penghayatan bahasa Melayu yang tinggi. Bagi memastikan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z dapat dipertahankan, kajian mencadangkan agar pihak-pihak yang berkepentingan dalam membuat dasar dapat menjadikan subjek bahasa Melayu sebagai elektif wajib di semua Institusi Pengajian Tinggi, sama ada awam mahupun swasta sekali gus sebagai syarat wajib untuk bergraduat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectJati Dirien_US
dc.subjectSosiokognitifen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleJati diri Bahasa Melayu generasi Z: Analisis sosiokognitifen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages270en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P91611 SITI NURUL JANNAH FITAL.pdf
  Restricted Access
160.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.